ㅤㅤ Alhamdulillah . semalam kak hasya memberikan aku berita gembira bahawa aku dapat menjadi pembantu rumah atau lebih tepatnya bibik.
ㅤㅤ hari ini aku sudah berada di bandar besar kuala lumpur, semalam kak hasya yang membantu menguruskan kos bayaran dari kampung untuk sampai kebandar.
ㅤㅤ beg bagasi aku diseret sambil tangan mencapai telefon pintar dalam poket baju. Telefon itu bukan milikku. hanya pinjaman daripada Kak Hasya untuk sementara waktu di sini.
ㅤㅤ lebih senang untuk aku menghubungi kak hasya dan ibu, kak hasya akan menggunakan telefon miliknya lagi satu.
ㅤㅤ sambil melangkah, anak mata aku meliar memerhati kawasan rumah disini. besar dan mewah. aku mana biasa dengan tempat tempat begini. aku kan orang kampung.
ㅤㅤ aku membuka aplikasi WhatsApp untuk melihat semula chat kak hasya.
ㅤㅤ aku meneruskan berjalan, sekali sekala membaca semula chat yang kak hasya kirim.
ㅤㅤ apabila sudah sampai, aku berdiri tegak seperti tugu negara di hadapan rumah yang gah itu.
ㅤㅤ melompong aku dibuatnya, mendongak keatas lalu menunduk kebawah. gila besar nak mati, patutlah gaji tujuh ribu keatas!
ㅤㅤ inilah jawapanya bahawa rumah ini besar beserta gaji. silap hari bulan kaki aku boleh patah bersihkan satu rumah ni.
ㅤㅤ aku telan air liur, sedikit janggal.
ㅤㅤ "asslammualaikum.. ada orang tak?" aku menjerit kecil dipagar besar itu.
ㅤㅤ sementara menunggu empunya sahut salam. dapatku tangkap mata mata jiran yang melirik kearahku. lalu mereka berbisik bisik. aku hanya memekakkan telinga.
ㅤㅤ ingatkan dekat kampung aje yang ada makcik bawang yang membawang aku, rupanya dibandar dua kali ganda makcik bawangnya!
ㅤㅤ itulah masalah kalau ada orang iri dengki dengan aku, nak kata aku kaya, mana ada, nak kata aku lawa, tak juga. jangan iri jangan iri.. jangan iri dengki..
ㅤㅤ tiba tiba pagar itu terbuka luas secara automatic . dengan bismilah aku mengehala nafas panjang dan mengorak langkah masuk kedalam kawasan rumah.
ㅤㅤ melihat kekiri, ada kolam renang bersama air terjun kecil. melihat kekanan ada halaman pokok pokok bunga yang cantik tersusun. lemah lutut! aku suka sangat kalau apa apa yang berkaitan dengan halaman rumah.
ㅤㅤ aku suka bunga, suka pasu. macam dirumah aku. tanpa sedar aku mengukirkan senyuman nipis.
TOK! TOK! TOK!
ㅤㅤ aku mula mengetuk pintu rumah milik empunya. jantung berdegup kencang, entah kenapa perasaan aku lain macam apabila berada didalam rumah yang sebesar alam ni.
ㅤㅤ dengan perlahan pintu itu dibuka, melihat seorang badan tegap yang tidak memakai baju, membuatkan aku menekup mulutku.
ㅤㅤ aku...
ㅤㅤ aku..
ㅤㅤ this is bullshit! jantung aku hampir pecah apabila melihat jejaka yang aku kenal. pak arab? Ya Allah kenapa harus dia!
ㅤㅤ "hud?" soalku dengan nada yang terkejut, masih tak percaya aku dipertemukan lagi dengannya.
ㅤㅤ "what surprise you so much?" dia mengangkat kening sebelah. bengang aku dia buat muka macam tak bersalah. kurang hasam punya hud!
ㅤㅤ "apani awak! kenapa tak cakap awal awal awak pemilik rumah ni, Ya Allah!" aku mula menghentak kaki banyak kali seraya tangan disilangkan kedada. mengalihkan pandangan seraya wajah yang begitu kesal. kesal gila!
ㅤㅤ pipi mula hangat, kak hasya pun satu, kenapa la aku lupa nak bertanya siapa nama empunya, aku ingatkan empunya isteri orang, selalunya yang mencari bibik pasti sudah mempunyai pasangan yang halal.
ㅤㅤ tapi yang didepan mata aku ni! dahla bujang! dengan tak pakai bajunya, mahu jiran jiran sekeliling melihat aneh kearah aku. tak fasal fasal boleh jatuh fitnah.
ㅤㅤ dia mula memusingkan bola matanya. "nevermind, come in."
ㅤㅤ wah wah kuat betul dia menjeling aku. aku pun boleh bagi kalau macamtu!
ㅤㅤ "taknak!" aku berdiri tegak dihadapan pintu rumahnya yang ternganga besar.
ㅤㅤ siapa aje nak berduaan dengan ajnabi yang bukan mahram? kalau ada ibunya, adik beradik perempuan, bolehlah aku terima. tapi ini dia seorang. gila! kerja gila!
ㅤㅤ "stubborn woman."
ㅤㅤ cis! dia mengata aku perempuan degil. habis dia tu apa? lelaki kutub utara. kuajaqqq.
ㅤㅤ "kakak kau yang minta kau nak kerja sini, datang kampung dari jauh jauh, lepastu buat perangai pula. tarik rambut kang ha.." dia mula bersandar dipintu rumah seraya kedua tangan dimasukkan kedalam poket seluar.
ㅤㅤ "memanglah kak saya yang hantar message.. takkan pak saya pula, pak saya dah lepak underground, tahu?" aku menjelingnya tajam. sekali sekala puji dalam hati, dia kacak. betul tak tipu.
ㅤㅤ dari kecil aku tidak dapat melihat sosok ayah, apabila ditanyakan ibu dan kak hasya tentang sebab kematin ayah, mereka tidak beri tahu aku.
ㅤㅤ sekarang ni aku buntu, nak masuk ke tak nak, ragu ragu ni boss ada lawankah.
ㅤㅤ dia buat muka tak ada perasaan, beku. atleast cakapla innalillah ke apa ke, ni muka macam kutub utara. naik menyampah aku.
ㅤㅤ satu idea keluar daripada benak aku.
ㅤㅤ "bapak saya dah mati, awak bila? anak yatim ni boss." aku mula mengangkat kedua keningku. cuba mencabarnya. tersenyum mengejek.
ㅤㅤ "really ?" dia tersenyum mengejek. nampak gayanya dia nak adu mekanik dengan aku.
ㅤㅤ dengan lafaz bismillah, setapak kaki mula melangkah masuk. beg bagasi aku diletakkan ditepi pintu. terkulat kulat aku dibuatnya. pintu rumah masih terbuka luas.
ㅤㅤ aku dan hud berbual seketika, lalu dia menyarungkan bajunya, mungkin dia sedar aku kurang selesa.
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romans𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...