ㅤㅤ "Itu lah kalau perangai syaitan menguasai diri!" jerkah hud dengan lantang membuatkan jiran jiran berhenti membuat lontaran yang keji kearah kami.
ㅤㅤ mereka semua tersentak, suasana mula hening. aku hanya berdiri tegak seperti tugu negara. bukan jiran sahaja yang terkejut, aku pun ikut terkejut masalahnya! lahabau punya hud.
ㅤㅤ "orang yang bercakap benar akan dituduh sebagai penipu, dan penipu akan dikunjung orang ramai!" kali kedua nada suara hud bergema dikawasan lorong rumah itu.
ㅤㅤ naik bulu roma aku melihat dada milik jejaka itu turun naik. dia tunduk aku dongak, ye tahu aku pendek dan dia tinggi! aku tak cukup zat. terus aku membuangkan padangan, takut setiap kali eye contact dengannya.
ㅤㅤ "rasulullah bersabda akan datang kepada manusia tahun tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata kata pendusta dibenarkan mempercayai.. dan mendustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat... dan dikhianati orang orang yang amanah."
ㅤㅤ menggigil tulang belakang aku apabila hud bercakap dengan lantang tentang agama. mahu melompong aku dibuatnya. walaupun sebegini, dia bijak bertindak dan bijak dalam ilmu agama.
ㅤㅤ jiran jiran mula masuk kerumah mereka masing masing, terus lenganku ditarik kasar sehingga aku diseret mengikuti jejak langkahnya.
ㅤㅤ aku hanya diam, tak tahu nak gelak ke nak takut, nampak sangat aku tak reti nak larikan diri dan seorang yang lemah.
ㅤㅤ hud mula melepaskan cengkaman dipergelanganku yang berlapik dengan baju aku. aku tahu, dia terpaksa. dan dia masih tahu mana halal dan mana haram.
ㅤㅤ "aku cakap duduk diam, Why are you running away damn!" tempiknya.
ㅤㅤ aku terus menundukkan pandangan, jantung berdebar debar didada apabila ditengking.
ㅤㅤ adeh! kalau boleh putar kembali masa, baik aku duduk diam dalam bilik tadi, bolehlah aku tidur bergolek golek atas katil yang empuk.
ㅤㅤ terasa kepalaku disentuh menggunakan kain. terus aku mendongak untuk melihat.
ㅤㅤ "kau luka, ada darah. duduk diam." ujarnya.
ㅤㅤ "biar saya buat sendiri, ha-"
ㅤㅤ "tak haram, darurat!" potongnya pantas. luka dikepala aku ditekannya, aku mengeluh kesakitan, sakit gila! dia ni nampak sangat melepaskan geram.
ㅤㅤ hanya diam tak bersuara, entah dilorong kawasan mana dia bawa aku lari. malas nak bertanya, nanti ada ajelah jawapan karut marut yang dia bagi.
ㅤㅤ "aku nak datang rumah mak kau, bila? malamni."
ㅤㅤ hah! terus berdesup darah aku naik. panic attack menyerang. aku gigit bibir bawah. rasa marah, kecewa. nak menangis pun ada.
ㅤㅤ aku menggeleng perlahan.
ㅤㅤ "nanti ibu dan kak hasya tak percayakan saya"
ㅤㅤ "It's not a problem to think about, the important thing is to be honest." ujarnya bersama nada suara yang tenang.
ㅤㅤ terus kereta alphard hitam berhenti tepat dihadapan kami. kepala aku ditolak oleh hud supaya aku masuk. dia ni tak reti nak berlembut betul dengan aku. dah macam cerita aku kena culik dengan mafia kacak. huwawwww
ㅤㅤ Apabila sampai dikawasan rumah aku, terus telapak tangan aku berpeluh. jantung berdegup kencang.
ㅤㅤ "turun." kata hud.
ㅤㅤ "taknak! takutlah!" tegas aku, sisi lainnya ibu memang seorang yang tegas. cuba bayangkan ayah aku masih hidup, mesti aku kena tibai. pergg! ngeri.
ㅤㅤ "alah.. kau wak lek wak pis je, kita orang semua turun, kalau kau tiba tiba kena tendang dengan kakak kau ke, hero kau kan ada" ujar dayyan.
ㅤㅤ berkerut dahi aku, hero? siapa hero.
ㅤㅤ "hud" celah rian.
ㅤㅤ aku memusingkan bola mataku, menjengkelkan. itu lah sebab aku malas nak dengar rian dengan dayyan berbual. bernanah telinga aku.
ㅤㅤ "jom.. tak apa haura. kita semua ada, termasuk hud." inara mula ketawa kecil. ni lagi seketul, nak jadi trio ke apa.
ㅤㅤ "we don't have time. quick" sambung anaqi dingin.
ㅤㅤ kaki aku terus mengorak langkah, udara yang sejuk dikampung. sangat indah, aku lebih suka hidup dikampung daripada di bandar. orang dibandar toxic.
ㅤㅤ paling suka bunyi cengkerik!
ㅤㅤ rumah kayu aku, aku hampiri. tangan mendarat mula mengetuk pintu.
TOK! TOK! TOK!
ㅤㅤ "haura!"
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romansa𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...