𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 04

1.8K 80 4
                                    

ㅤㅤ TAK sabarnya aku! bilalah agaknya kak hasya nak inform pada aku fasal mencari kerja majikan! sudah tiga hari kak hasya masih tidak memberikan apa apa respon.

ㅤㅤ aku ada bertanya, tapi kak hasya kata tuan rumah masih tidak balas massage daripada kak hasya. mungkin agaknya tuan rumah agak sibuk ataupun banyak orang yang menghantar message. aku haraplah aku salah satunya terpilih. siapa sangka?

ㅤㅤ gegendang telingaku terdengar seseorang yang menyeru namaku. terus kaki mengorak langkah kedapur.

ㅤㅤ "ye ibu?"

ㅤㅤ "haura.. ibu dah suruh banyak kali suruh kamu pergi pasar, kamu terjenguk apa lagi dekat sofa tu?"

ㅤㅤ hah! aku mula kerling jam dinding. tepat pukul 6 petang, tangan mula menepuk dahi. cuainya aku, padahal ibu memekik di dapur suruh aku pergi ke pasar.

ㅤㅤ "maaf ibu, haura pergi dulu ya!" terus aku mengambil duit yang disediakan oleh ibu lalu masuk kebilik untuk menyalin pakaian terlebih dahulu.

ㅤㅤ seperti biasa, aku memakai baju kurung yang lusuh seraya mengikat rambut menjadi ekor kuda.

ㅤㅤ kaki mula mengorak langkah untuk pergi. angin sepoi-sepoi bertiup lembut, sementara cuaca yang mendung seakan-akan menjanjikan hujan.

ㅤㅤ aku berharap sebelum aku pulang kerumah barulah hujan. kalau hujan lebat, tempat mana aku nak berteduh? dari rumah kepasar agak jauh.

ㅤㅤ memang itu rutin harianku, macam aku katakan, dah biasa. walaupun jiran jiran makcik bawang mengata fasal aku. aku pekakkan telinga aku. bila sudah biasa, benda yang jauh akan jadi dekat. tup tup tanpa sedar aku sudah sampai dipasar.

ㅤㅤ suara yang agak hiruk piruk disana. anak mata meliar setiap gerai gerai yang ada dan pelbagai bau. bau yang sedap seperti asap sate, yang paling tidak aku suka bau hanyir.

ㅤㅤ pft! aku dah trauma jatuh dilubang berisi air yang kotor. menjijikkan! nasib baiklah hud si pak arab menolongku.

ㅤㅤ hampir satu jam aku dipasar. sekarang aku perlu pulang. terasa wajahku mula dibasahi titisan halus. Aku mendongak ke langit, melihat hujan renyai-renyai yang perlahan-lahan turun, semakin lama semakin lebat.

ㅤㅤ terus aku berlari mencari tempat untuk berteduh sementara, ada pondok kecil disitu. aku berdiri disana.

ㅤㅤ apabila aku berlari ada seorang lelaki berteduh juga disana, pondok itu kecil, aku rasa hanya muat seorang.

ㅤㅤ terus aku berdecit.

ㅤㅤ "hish! encik tak ada tempat lain ke? saya yang datang dulu." plastik yang berisi lauk aku letak. nak kata kecil tak adalah kecil mana, muat aje untuk aku dan dia. tapi aku ni jenis tak suka share!

ㅤㅤ "excuse me?"

ㅤㅤ terus lelaki berbadan tegap itu menoleh kearahku bersama bajunya yang basah kuyup beserta rambutnya basah.

ㅤㅤ laju tanganku menekup mulut. terbeliak mata aku apabila melihat wajah lelaki itu. pak arab? . kali ketiga weh aku jumpa dia! adakah ini petanda jodoh yang kuat? ceh perasan.

ㅤㅤ "hud?"

ㅤㅤ "haura?"

ㅤㅤ macam tak percaya.

ㅤㅤ "dah kenapa? you look at me like i look like a ghost" ujarnya bersama suara garau miliknya. entahlah!

ㅤㅤ lidah masih kelu. anak mata jatuh kebawah bahagian perutnya. melompong aku dibuatnya. baju putih yang basah miliknya tembus! kelihatan sixpack didalam. kemudian, anak mata mula merenungnya, lama.

ㅤㅤ "kau ni kenapa?" ditunjalnya kepala aku membuatkan aku menggosok gosok dahiku. heh! kurang hasam!

ㅤㅤ "saya tak sangka saya jumpa awak kali ke tiga pak a-"

ㅤㅤ laju tangan menekup mulutku lagi sekali. Ya Allah! apa kau buat ni haura sophia. tolonglah jangan malukan diri sendiri!

ㅤㅤ "say that again"

ㅤㅤ no no no! memang tak lah aku nak ulang balik apa yang aku kata. silap hari bulan kena terajang terbang sampai planet pluto.

ㅤㅤ "nothing"

ㅤㅤ pak arab mula memusingkan bola matanya lalu meraup rambutnya kebelakang. tolong polis! tolong selamatkan saya! lemah lutut aku apabila melihat ketampanan dia.

ㅤㅤ sabar haura sabar...

ㅤㅤ aku cuba menangkan diri. menghela nafas, sabar itu harus. aku memusingkan tubuhku kehadapan. mendongak, cuba bersabar semoga hujan cepat reda. aku takut kalau ibu risaukan aku.

ㅤㅤ jangan risau ibu.. anak bongsumu ini selamat bersama pak arab HAHAHA!

ㅤㅤ sekali sekala aku melirik kearahnya tanpa menoleh kepala. dia juga termenung jauh bersama tangan disilangkan kedada. aku cuba ingin berbual dengannya, tapi aku awkward.

ㅤㅤ "a.. awak" terpaling buat first move.

ㅤㅤ "hmm"

ㅤㅤ apa hmm hmm! tak reti nak keluarkan suara ke apa, ingat suara dia emas sangat ke. acah aje lebih! dalam hati dah mengutuk macam macam.

ㅤㅤ aku mula melabuhkan punggung dipondok itu. pak arab juga, kebetulan.

ㅤㅤ "tak sopanlah pakai baju macamtu, tengok.. nampak dalam" aku mula marahnya. mananya tak malu? banyak aje mata mata melihat kearahnya. walaupun mereka melirik kearah hud, tapi aku ikut malu.

ㅤㅤ "then? kau tengok aku atas bawah like you like it, right? kau pun dua kali lima, tak pakai tudung, kau tahu yang tu aurat" ujarnya penuh sindiran.

ㅤㅤ aku tersentak seketika. memang betul, aku lupa tegur diri aku sendiri. aku tak pakai tudung. melihat dia mula menutup pusatnya yang dianggkat sedikit seluarnya supaya menutupi.

ㅤㅤ "tak ada baju lain ke? baju transparent . baju putih yang nipis, nampak badan awak. nak tayang kat awek awek ke? ke... nak mengurat saya?" aku mula mengangkat kedua keningku bersama senyuman nakal.

ㅤㅤ bergurau.

ㅤㅤ "dari kau? baju lusuh. tak ada baju lain ke? dengan rambut karatnya" dia mula menarik rambutku sehingga kepalaku sedikit lentok.

ㅤㅤ "woi!" terus dia melepaskan bersama meletuskan ketawanya, suara garau betul. serak basah.

ㅤㅤ "tahulah rambut saya cantik! tak payahlah nak tarik tarik!" aku mula mendengus geram.

ㅤㅤ aku menenagkan diri. dia pula buat muka tak bersalah. kemudian aku tersenyum nipis kearahnya.

ㅤㅤ "awak tahu. sebenarnya saya suka awak" selamba aku.

ㅤㅤ "hmm" itu sahaja yang keluar. macam bunyi lembu asyik hmm hmm hmm. benci aku.

ㅤㅤ "cita cita haura nak jadi isteri abang hud, bolehkan my cinta prince charming " wah wah! berani nya kau haura! kau ingat senang ke apa nak minta kahwin dengan anak teruna orang.

ㅤㅤ "kau tak payah nak cinta cintut dengan aku sangat, angan angan konon nak jadi bini aku." katanya bersama wajah yang beku.

ㅤㅤ "macam ba..."

PIN! PIN!

ㅤㅤ kereta hitam alphard betul betul berhenti dipondok itu. pak arab terus meninggalkanku dan masuk kedalam perut kereta.

ㅤㅤ "eh kejap! nak tumpang boleh? saya nak balik" pinta aku. alang alang bawa la aku pulang. nak tunggu hujan berhenti lamberrttt lagi.

ㅤㅤ pemandu itu membuka cermin tingkap. itu rian, aku masih ingat. mereka berdua yang terpaling masuk air dirumah aku buat kali pertama itu. selepas itu aku mula melihat diseat sebelah, dayyan.

ㅤㅤ "boleh?"

ㅤㅤ "boleh?"

ㅤㅤ "hello? boleh tak ni?"

ㅤㅤ "masuk la anjeng!" jerkah rian.

C l DISEBALIK AL A'RAFWhere stories live. Discover now