Hari hari Penuh Barakah di Tanah suci
Sudah lima hari aku dan Hud berada di Tanah Suci, dan rasanya seperti setiap saat dipenuhi dengan rahmat. Kami sudah mengelilingi beberapa tempat suci, mengambil gambar untuk disimpan sebagai kenangan.
Banyak kali juga aku dan Hud berpelukan di hadapan Kaabah, sambil meluahkan rasa syukur di atas segala nikmat yang Allah kurniakan pada kami. Berulang kali aku merasakan kehangatan cinta Hud dan kasih Allah yang menyelubungi keluarga kecil kami.
Pagi itu, seperti biasa, aku dan Hud berjalan menuju ke Masjid Nabawi untuk solat Subuh.
Suasana di sana amat tenang dan damai, seperti diiringi oleh ribuan doa yang mengalir dalam udara. Seolah-olah seluruh dunia hening, hanya suara azan yang bergema di langit Madinah.
Matahari belum terbit, tetapi cahaya lembut dari masjid memberikan rasa tenteram yang tak terungkapkan.
Setelah menunaikan solat Subuh, kami mengambil tempat di salah satu sudut masjid yang tidak terlalu sesak. Aku memandang ke arah Sofya yang lena tidur di hadapan aku.
Mungkin dia terlalu letih selepas hari-hari penuh dengan aktiviti, berlari-lari di sekitar tempat suci, dan mengikuti langkah kaki kami. Walaupun matanya tertutup, aku tahu dia berasa selamat, berada dalam pelukan suasana spiritual yang tenang di sekelilingnya.
Hud tersenyum kecil sambil memandang Sofya yang terlentang.
"Comel betul dia tidur. Letih sangat agaknya. Anak kita memang kuat," katanya lembut, memandang wajahku dengan pandangan penuh kasih sayang.
Aku mengangguk sambil tersenyum.
"Dia anak yang baik, abang. haura tak pernah sangka yang haura akan sampai ke tahap ni dalam hidup haura. Bersama abang dan Sofya, di tempat ni, di hadapan Allah... haura rasa cukup."
Hud menarik nafas panjang sebelum duduk lebih dekat denganku.
"Alhamdulillah... Allah selalu permudahkan jalan untuk kita, sayang. sayang tahu tak, sebelum kita datang sini, abang selalu bayangkan macam mana rasanya ada kat tempat ni dengan keluarga. Sekarang, bila abang dah ada sayang dan Sofya di sisi, rasa macam impian yang jadi nyata."
Aku diam sejenak, menikmati suasana di sekeliling kami. Langit pagi di Madinah mula berubah warna, dari gelap kepada biru cerah.
Jemaah di sekeliling kami mula bersurai perlahan-lahan, ada yang masih khusyuk berzikir, ada yang seperti kami, berbual ringan sambil menunggu masa untuk pulang.
"abang, tahu tak," aku memulakan bicara, "haura banyak fikir tentang kehidupan kita sejak kita sampai sini. Macam... haura rasa terlalu banyak nikmat yang Allah bagi. Kadang-kadang haura takut, takut kalau haura tak cukup bersyukur."
Hud memandangku, matanya tenang seperti selalu.
"Tak apa kalau kita rasa begitu, sayang . Itu tandanya kita sedar. Kita tahu semua yang kita ada ni datang dari Allah, dan sebab tu kita kena selalu bersyukur. Kalau sayang rasa tak cukup bersyukur, sayang doa. Allah tahu isi hati kita. Selagi kita cuba yang terbaik, Dia akan terima."
YOU ARE READING
C l DISEBALIK AL A'RAF
Romance𝅄 ֺ ⤹ 𝐇𝐔𝐃 𝐀𝐋 𝐀'𝐑𝐀𝐅 𝐥 𝐇𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐒𝐎𝐏𝐇𝐈𝐀[ 2nd story ] "rambut dah la karat, baju lusuh. miskin eh?" - Hud Al A'raf Haura, seorang gadis kampung yang hidup dalam kesederhanaan, tidak pernah menyangka pertemuannya dengan Hud Al-A'raf d...