haura || 35

963 44 1
                                    

ㅤㅤ Suasana di rumah terasa dingin dan penuh dengan ketegangan. Aku masih lagi menolak perasaan marah yang bersarang dalam hati. Apabila teringatkan insiden semalam, hatiku berasa bagai diremuk-remuk.

ㅤㅤ Dari dalam bilik, aku hanya mendengar bunyi kunci dipusing dan pintu bilik dibuka perlahan-lahan.

ㅤㅤ Hud muncul dengan wajah letih, matanya kelihatan bengkak dan lesu. Dia nampak seolah-olah baru saja terbangun dari tidur yang tidak nyenyak.

ㅤㅤ Terus aku mengekalkan jarak, tidak mahu memberi peluang untuk dia menghampiriku.

ㅤㅤ “haura tak nak bercakap” jawabku tanpa memandang wajahnya.

ㅤㅤ "sayang.."dia memanggil lembut, langkahnya perlahan menghampiriku. “Boleh tak kita berbincang?”

ㅤㅤ Aku menghela nafas panjang, berusaha untuk menenangkan diri.

ㅤㅤ “Bincang tentang apa? Tentang perempuan itu?” Soalku, nada suaraku tegas, penuh dengan rasa sakit hati.

ㅤㅤ “Bukan itu maksud abang. abang nak terangkan semuanya,” katanya sambil berdiri di hadapanku, jelas dia cuba mencipta ruang untuk berbicara.

ㅤㅤ “haura tak ada apa-apa nak dengar dari mulut abang!” balasku. Dalam hati, aku berasa geram. Kenapa dia tidak faham betapa hancurnya hatiku sekarang ini?

ㅤㅤ walaupun malam semalam aku meminta maaf dan kami berpelukan sebaik saja aku curi curi dengar doa hud, tapi hati aku masih sakit dan susah untuk terima keadaan.

ㅤㅤ Hud menarik nafas panjang, matanya yang kelihatan penuh dengan kesedihan itu menatapku.

ㅤㅤ "cinnamon.. please listen. abang betul-betul tak tahu siapa perempuan tu. Dia datang kepada abang malam semalam dan abang terlelap sebelum sempat naik atas. abang tak tahu dia dari mana dan macam mana  dia boleh ada kat situ."

ㅤㅤ “tipu!” aku membentak.

ㅤㅤ “haura fikir haura akan percaya semua tu? Kenapa abang tidur dekat ruang tamu? selalunya abang selalu tidur dengan haura!”

ㅤㅤ "sebab abang…abang rasa tertekan. abang ingatkan haura dah tidur, dan abang…abang tak dapat tidur. abang cuma nak berehat sekejap. Lepas tu, abang terlelap,” jelasnya dengan nada tenang.

ㅤㅤ Aku masih tidak puas hati.

ㅤㅤ “jadi abang nak cakap yang abang terbangun dan jumpa perempuan tu dalam keadaan yang berpelukan?” Soalku sambil menggelengkan kepala.

ㅤㅤ “Dengar sini, Haura. abang tahu apa yang awak fikirkan, dan abang tahu ini semua sangat menyakitkan untuk sayang. Tapi abang janji, tak ada  apa-apa yang berlaku antara abang dan dia. abang hanya perlukan masa untuk diri sendiri. Masa untuk berfikir”

ㅤㅤ katanya dengan nada yang penuh harapan.

ㅤㅤ "sayang.. percaya abang. abang.. aku rasa pintu rumah semalam tak kunci, jadi.. The girl is crazy? or there are people who are jealous of us?

ㅤㅤ "abang nak buat report polis." sambungnya lagi.

ㅤㅤ Hatiku berdegup kencang. Mungkin ada kebenaran dalam kata-katanya.

ㅤㅤ “betul ke ni abang? ataupun abang memang dah tak sayangkan haura? sebab perempuan tu seksi?"

ㅤㅤ "jangan buat report polis. biarkan dulu" sambungku.

ㅤㅤ Hud merapatkan jarak antara kami. “Tak, abang tak pernah nak buat sayang macam tu. abang minta maaf sebab tak explain  lebih awal. kalau abang tahu apa yang akan berlaku, abang akan bagitahu awal,” balasnya.

ㅤㅤ “Jadi, apa yang abang nak buat sekarang?” tanyaku, suaraku merendah.

ㅤㅤ “cuma berikan abang sedikit ruang untuk buktikan yang abang setia. We need to trust each other, my cinnamon. abang tak akan biarkan sesiapa memisahkan kita. sayang adalah segalanya bagi abang." jawabnya, dan aku dapat melihat kejujuran dalam matanya.

ㅤㅤ Mendengar kata-kata itu, hati aku mula lembut. Cinta kami telah melalui pelbagai rintangan dan kini satu lagi cabaran datang. Masih dalam keadaan bingung, aku terpaksa memberi peluang kepada Hud.

ㅤㅤ “Baiklah,” jawabku akhirnya, “Tapi kalau abang sekali lagi buat haura rasa macam ini, haura tak akan maafkan abang!”

Dia tersenyum lebar, seolah-olah beban di atas bahunya sedikit terangkat.

ㅤㅤ "I promise, haura.  abang  akan buktikan cinta abang pada awak. Kita akan hadapi semua ini bersama.”

ㅤㅤ Ketika itu, rasa marah dan sakit hatiku seolah-olah hilang sedikit demi sedikit. Mungkin, just maybe, kami masih boleh memperbaiki hubungan kami.

ㅤㅤ Dengan itu, kami berdua berdiri dalam diam, membenarkan perasaan yang bertubi-tubi meresap ke dalam jiwa masing-masing.

C l DISEBALIK AL A'RAFWhere stories live. Discover now