Bab 44

3.1K 220 20
                                    



     "YA ALLAH, Eqa! Apa ni?!" Nada Malik meninggi saat tangan Eqa selamat mendarat di pipi Evelyn.

Semua mata tertumpu pada mereka, terkejut dengan tindakan Eqa yang melampaui batas.

"Eqa, kenapa buat macam tu?" Malik menuturkan dengan nada lembut namun tegas. Wajahnya merah padam, antara marah dan kecewa. "Eqa sepatutnya hormat isteri abang, bukan berkelakuan macam ini."

Eqa terkejut, hatinya berdegup kencang. "Abang Malik, Eqa tak bermaksud nak buat macamtu tapi dia yang melampau!" Suaranya bergetar, tetapi jelas ada nada defensif di situ.

"Abang tak bodoh lagilah. Eqa yang cari pasal dulu tadi," Malik menyambung, matanya tidak beralih dari Eqa, menuntut penjelasan.

Evelyn hanya mengelus pipi dengan wajah yang tidak terusik langsung seakan tamparan Eqa itu bagaikan angin yang lalu. "Tak apa, Malik. Saya okey je," ujarnya, walaupun hatinya bengkak dengan perbuatan Eqa yang memalukannya.

"Tak ada yang okey dengan apa yang Eqa buat. Ini bukan cara kita berbicara dalam keluarga," Malik berkata, cuba meredakan ketegangan.

Eqa, di sudut lain, merasakan Evelyn sengaja menunjuk kesedihan sedangkan dalam hati sudah ketawa melihat dia dimarahi.

  "Eqa minta maaf, abang," ucapnya perlahan, namun nada suaranya tidak mencerminkan penyesalan sepenuhnya.

"Minta maaf kat abang buat apa? Minta maaf kat kak Evelyn awak ni."

"Eqa minta maaf, Kak Eve," Dalam hati sudah sumpah seranah. Memang tersimpan niat dalam diri untuk membalas segala apa yang Evelyn telah buat selama ini.

"Cium tangan," Evelyn menghulurkan tangan dengan senyuman senget.

Tak nak tambah masalah, Eqa hanya akur lalu mencium tangan Eqa dengan wajah geram yang tidak dapat ditahan.

"Jomlah kita pulang. Dah lewat ni. Esok Evelyn nak kerja pula," Raja Muhammad Idris Alim cuba untuk merenggangkan ketegangan sambil berdiri tanda mahu pulang.

Mereka sekeluarga terus bangkit lalu bersalaman dengan semua orang disitu. Evelyn sempat menoleh ke arah Eqa sebelum ibu jarinya membuat gaya mengelar leher sendiri dengan senyuman menakutkan sebagai tanda amaran.

Selagi hutang tak terbayar, akan ada masa dia akan tuntut sebagai bayarannya.

Setibanya di rumah, suasana sunyi menyelubungi mereka. Malik perlahan-lahan menutup pintu, menarik nafas panjang sebelum memecah keheningan.

"Evelyn, M-Malik minta maaf bagi pihak Eqa. Eqa tak patut buat macam tu... dia melampaui batas." Suaranya kedengaran tulus, penuh rasa bersalah.

Namun, Evelyn tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya diam, terus melangkah ke arah bilik tanpa sepatah kata pun. Wajahnya tetap tenang, tetapi dari cara dia menonong masuk, jelas ada sesuatu yang terbuku di hatinya.

Kenapa suami pula yang kena beria untuk mewakilkan sepupunya yang biadap tu?

"Malik serba salah sebab ahli keluarga Malik sendiri sanggup buat macamtu pada Evelyn." Malik terus bersuara dengan nada yang lebih lembut, cuba memecah benteng yang Evelyn bina.

Evelyn berhenti seketika di depan pintu bilik, tetapi tidak menoleh. Tanpa sepatah kata, dia terus membuka pintu dan masuk ke dalam bilik, meninggalkan Malik di hadapan pintu dengan perasaan tidak keruan.

Malik tidak sanggup membiarkan keadaan berlarutan. Dengan hati-hati, dia mengetuk pintu bilik sebelum membukanya perlahan.

"Evelyn... Malik tahu Evelyn marah. Evelyn berhak marah. Malik betul-betul—"

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now