Bab 30

3.7K 290 31
                                    


    SENYUMAN dan tawa di ruang tamu menyapa Evelyn ketika dia melangkah masuk dari dapur, membawa dulang minuman dengan langkah tenang.

Mata Evelyn sempat menangkap gerak-geri Eqa yang kelihatan agak resah. Wajah Eqa berusaha menunjukkan keramahan, namun mata gadis itu jelas sekali mencari-cari kelibat Malik.

"Evelyn minta diri dulu ke gazebo ya? Ada hal kerja nak kena uruskan," Sebagai seorang yang bekerjaya dan pemimpin syarikat pencakar langit, tiada ruang rehat untuknya daripada meneliti setiap turun naik data yang masuk pada hampir setiap minggu.

"Pergilah, Eve. Terima kasih sebab tolong bonda bancuhkan air,"

Untung siapa yang menjadi menantu Raja Nurul Elina yang sentiasa memahami situasi orang. Meskipun dia dianggap seperti agak biadap kerana meninggalkan tetamu dan kemungkinan adalah masa untuk melakukan sesi kenal mengenal di antara ahli keluarga yang lain, Raja Nurul Elina tetap meletakkan keutamaan pada setiap anak dan menantu.

Saat dia sedang sibuk meneleku di hadapan laptop dengan kerutan kecil di wajah, seseorang berani datang mengacau. Menyusuri tebing kolam renang untuk ke seberang lalu duduk di sebelah tanpa ditanya terlebih dahulu. Seperti biasa, Evelyn seakan berada di dunia sendiri, tidak menghiraukan orang itu yang sibuk merenungnya.

"Mana Abang Malik, Kak Evelyn?" soal Eqa dengan suara yang seolah-olah ingin kelihatan mesra, tetapi Evelyn dapat merasakan sesuatu yang tersirat.

Evelyn tidak menjawab serta-merta malah dia mengerling sekilas bebola mata ke tepi tanpa menggerakkan kepala tepat ke mata gadis itu dengan pandangan yang dingin. "Masjid bersama ayahanda."

"Oh, I see. Eqa ingat nak berbual sekejap dengan dia. Terasa rindu pula. Dulu masa kecil, kami selalu main sama-sama tau. Abang Malik dulu manja betul, selalu ikut Eqa ke mana-mana. Kak Eve jangan jealous pula kalau Eqa bercerita tentang kenangan manis kami," Eqa tersenyum senget dalam diam.

"I don't mind at all, Eqa. You can have the past, I've already claimed the rest of his life. Jealousy doesn't suit me, but desperation suits you perfectly." Tanpa menoleh dan masih dengan nada bosan, Evelyn cuba menghalau Eqa secara halus kerana gadis itu telah menganggu fokusnya.

Setiap perkataan Evelyn diucapkan dengan tenang, tetapi cukup tajam untuk menusuk jauh ke dalam ego Eqa. Eqa perlahan memudarkan senyuman. Evelyn memang sukar untuk dijatuhkan kerana tembok egonya lebih kukuh daripada The Great Wall of China!

"Kak Eve memang nampak yakin dengan apa yang Kak Eve miliki sekarang, kan?" Eqa membalas dengan nada yang seakan-akan lembut, tapi penuh dengan racun yang tersirat. "Tapi kadang-kadang, kita tak tahu. Mungkin, ada perkara yang kita tak boleh kawal walaupun kita rasa kita dah pegang erat."

Evelyn menyilangkan tangan di dada, matanya masih tidak bertemu dengan Eqa. Namun, sejenak dia menoleh, pandangan tajamnya seperti panah yang menembusi niat tersirat Eqa.

"Simpan je quotes Eqa tu untuk diri sendiri. Before you try to teach me, make sure you've mastered the art of not underestimating your opponent. You see, Eqa, masa silam tu kalau awak nak awak boleh simpan dalam kepala otak tapi masa depan dia, itu milik saya dan saya amatlah berterima kasih kalau awak tak wujud dalam setiap cerita hidup dia selepas ni."

Eqa terdiam seketika, namun Evelyn dengan tegas menyambung. Suaranya semakin perlahan, tapi kedengaran berbisa. "Malik bukan lagi budak yang awak boleh tarik ke sana sini. He's a man, and a man knows where he belongs — with his woman."

Kata-kata Evelyn bagaikan belati yang perlahan-lahan menoreh harga diri Eqa. Sejenak suasana di gazebo itu menjadi semakin tegang, dan Eqa cuba menyembunyikan kekecewaannya di sebalik senyuman yang semakin pudar.

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now