"MEMALUKAN! Tak pernah terdetik sekalipun dalam hati I akan ikat jamin you sebab you bersubahat dengan EX you dalam kes penderaan rumah tangga dia. You cuba nak mencabar I ke, Rafael?!" Lara masuk ke dalam rumah sebelum menghempas beg tangan ke atas sofa."Dengar dulu, sayang... I ni mangsa keadaan je! I tak terlibat sebenarnya dan I tak tahu apa-apa pasal hubungan mereka. Dia sengaja perangkap I lah. You tahu kan I sayang you seorang je?" Rafael lantas mengejar Lara untuk menenangkan Lara daripada balai polis tadi.
"Kepala hotak kau lah sayang. Sayang apa bendanya dah kalau buntingkan perempuan lain? Ini ha!" Ditunjuk perut yang baru masuk bulan ke-2 tempoh kandungan.
"Pun tak terjaga-jaga ada hati nak menyundal dengan orang lain?! You jangan lupa ya, Raf! Segala benda yang you ada dari atas sampai ke bawah ni adalah hasil duit I. You cuma cuci kaki je masuk ke dalam rumah ni. Kalau nak pasang lain tu beragak-agak sikit. You tu miskin!! I je yang bodoh masih terima biawak hidup sebab I fikir you tu setia!" marah Lara dengan suara yang lantang dan kuat. Peduli dengan jiran tetangga yang dengar. Lagi bagus kalau mereka dengar. Biar mereka tahu perangai sebenar Rafael Rizqy macam mana.
Rafael mengeluh panjang, cuba untuk mendekati Lara dengan perlahan, namun jarak antara mereka seolah-olah semakin jauh. Lara memandang Rafael dengan penuh kebencian, matanya merah menyala, penuh dengan kemarahan yang tak mampu ditahan lagi.
"Lara, I tak pernah ada niat nak curang dengan you. Percayalah, Zarra sengaja manipulasi keadaan." Rafael cuba mempertahankan diri. Dia tahu dia berada di hujung tanduk, tetapi Lara sudah tidak mahu mendengar apa-apa lagi.
"Manipulasi? You fikir I bodoh? Kalau dia boleh bunting, itu bukan manipulasi! Itu namanya kantoi busuk. You ingat I tak tahu semua tembelang you?" Lara merapatkan diri ke arah Rafael, wajahnya semakin dekat, suara bergetar dengan emosi yang tertahan.
"This is not the first time you kantoi benda-benda macamni. I bagi you peluang, I bawa you keluar dari hidup you yang tak tentu arah tu. Dan ini ke balasan you?!" Lara menekan kata-katanya, suaranya semakin tinggi, menekankan betapa dia sudah muak dan kecewa.
Rafael terdiam, nafasnya pendek. "Lara, kita berbincang elok-elok ya? I akan betulkan semuanya. Zarra cuma—"
"Betulkan?" Lara ketawa kecil, sinis, menahan air mata yang sudah mula mengalir. "Apa yang you nak betulkan, Raf? You ingat dengan janji-janji manis you tu boleh selamatkan keadaan? You dah rosakkan semuanya bermula daripada you dah ada anak luar nikah!" Suaranya serak, dipenuhi dengan kekecewaan yang mendalam.
"Kalau you fikir you boleh hidup dengan segala kemewahan yang I bagi, lepas apa yang you buat... you silap besar. You fikir I akan terus buta? Terus bodoh tengok you berselingkuh? Hari ni, Raf, you keluar daripada rumah I. I tak nak tengok muka you lagi!" Lara beralih ke meja di ruang tamu, tangannya mencari sesuatu dalam laci.
Rafael tergamam. "Lara, tolong. Jangan buat begini. Fikirkan anak kita. Jangan halau I. I akan—"
Lara mengangkat surat cerai yang sudah siap dipegang erat. "You tak layak jadi bapa kepada anak ni, Raf. Kalau I benarkan you terus ada dalam hidup I, dalam hidup anak I... itu lebih besar kesilapan daripada apa yang you dah buat sekarang."
Rafael terdiam, seluruh tubuhnya terasa lumpuh. Lara menghulurkan surat cerai itu dengan tangan yang menggigil namun tegas. "Ini. Keluar. Dan jangan pernah pandang belakang lagi."
Mata Lara yang merah dan basah bertemu dengan pandangan Rafael. Rafael mengambil surat itu dengan tangan yang terketar, sedar bahawa dia telah kehilangan segalanya. Tanpa sepatah kata lagi, dia berundur perlahan, meninggalkan Lara yang berdiri teguh, air mata akhirnya jatuh mengalir di pipinya.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Sejuknya Luka
RomanceRAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu...