Bab 58

2.5K 222 36
                                    


  LANGKAH Evelyn perlahan, namun sarat dengan tujuan menyusuri lorong dingin penjara. Dinding kelabu dan besi karat yang menjadi saksi bisu di situ tidak pernah memberikan ruang untuk hati bernafas. Setiap derap kakinya terasa berat, namun tekadnya lebih berat, menuntut jawapan yang hanya satu sosok boleh berikan.

Zarra.

Ketika Evelyn melangkah masuk ke ruang lawatan yang suram itu, cahaya kelam dari lampu neon menggugurkan bayang wajahnya yang tegang. Di sebalik dinding kaca, Zarra menanti dengan wajah yang tidak beremosi. Mata mereka bertemu—satu mencari kebenaran, satu lagi menyimpan rahsia.

"Nak apa lagi, Evelyn?" Suara Zarra seakan tidak berminat dengan kedatangan Evelyn yang tiba-tiba.

Evelyn tidak menunggu lama. Dia duduk dengan penuh keteguhan, walau hati di dalamnya berkocak bagai laut yang sedang marah. Nafasnya ditarik dalam sebelum dia bersuara, "Kenapa Eqa datang jumpa kau?"

Soalannya berbunyi tegas, namun terselit keraguan yang cuba dikuburkan. Zarra tanpa tergesa-gesa, mengangkat sebelah kening. Dia seperti menghayati ketegangan yang dibawa oleh Evelyn, seperti seorang pemain biola yang menikmati gesekan pertama pada tali senarnya.

"Siapa Eqa?"

"Bullshit. Ramai sangat ke yang jumpa kau dalam penjara ni? Bagitahu aku apa yang kau dan Eqa rancang? Kalau berkaitan dengan nak balas dendam terhadap aku dan Malik, korang perlu tahu aku dua langkah jauh ke hadapan daripada korang. Aku takkan sesenang itu jatuh ke dalam perangkap korang," Evelyn semakin tertekan. Dengan berbadan dua, dia terasa sakit kepala untuk memikirkan sebarang kemungkinan. Eqa semakin lama semakin melampau.

"Oh aku dah ingat. Sepupu Malik tu kan?" Zarra tersenyum sinis, memandang Evelyn dengan pandangan yang penuh sindiran.

"Kenapa? Rasa terancam dah ke, Evelyn? Huh! Mungkin itu yang patut kau rasa. Selepas kau rosak masa depan aku dan anak aku, memang layak hidup kau dan Malik serta anak korang kucar kacir disebabkan orang ketiga," sindir Zarra dengan senyuman.

Gigi Evelyn bergeser kuat menahan marah. "Just tell me and I will lift my ass from here as soon as possible,"

"Aku pun tak naklah kau berlama-lamaan di sini. Bukan bawa apa-apa kebaikan untuk aku. Jadi jawapan aku adalah aku tak tahu apa-apa. Puas hati?"

Evelyn mengetap bibir, namun dia tidak berganjak. Dia menghentak meja dengan kuat tanda marah.

"Aku tak bodoh, Zarra. Kalau kau ingat aku akan biarkan Eqa—atau sesiapa sahaja—menghancurkan apa yang aku miliki, kau silap besar."

Zarra melepaskan ketawa kecil, seolah-olah terhibur dengan ketegasan Evelyn. "Aku dah bagitahu tapi kau yang tak nak percaya, it's up to you then. Kau ni, Evelyn... terlalu sibuk meneka niat orang lain, sampai kau lupa untuk melindungi diri sendiri."

"Jawab! Apa yang Eqa nak daripada kau?" soal Evelyn dingin. Dia dah penat untuk menarik tali. Kalau lambat dia bertindak dan dia membiarkan Eqa membuat langkah pertama, dia yang akan susah.

"Kalau aku tak nak bagitahu apa yang kau nak buat?" Zarra tersenyum mengejek, merasakan kemenangan berpihak padanya apabila Evelyn seperti orang yang terdesak.

Evelyn pula mengukirkan senyuman sinis. "Kalau kau rasa duduk dalam sel ni dah selamat, aku boleh buat hidup kau bertambah merana dalam tu. Aku tahu sejak dua menjak ni tiada sesiapa yang berani sentuh kau kan? Dan kau pun tahu kenapa. Izzati datang jumpa kau and she's your fairy Godmother, right?"

Senyuman Zarra mula pudar mendengar nama Izzati disebut. Wajahnya yang tadinya penuh dengan keyakinan dan ejekan mula menunjukkan tanda-tanda resah. Namun, dia cuba menyembunyikan kebimbangannya, meskipun gerak matanya yang tiba-tiba melarikan diri sudah cukup untuk Evelyn tahu bahawa dia telah menyentuh titik kelemahan Zarra.

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now