DUA TAHUN KEMUDIAN...KEHIDUPAN Malik dan Evelyn kembali stabil, bahkan lebih baik daripada sebelumnya. Mereka menjalani hidup sebagai satu keluarga bahagia, bersama Zayyan yang semakin membesar dengan sihat dan ceria.
Malik semakin bersemangat menguruskan kafenya, yang kini menjadi tempat kegemaran ramai pelanggan setia. Setiap hari dia bekerja dengan penuh dedikasi, memastikan setiap hidangan disediakan dengan kasih sayang, seolah-olah setiap langkahnya dipandu oleh kebahagiaan baru yang ditemuinya bersama keluarga kecilnya.
Evelyn pula kembali menguruskan pejabat yang tertunggak lama. Walaupun sibuk dengan kerjaya, Evelyn tidak pernah melupakan tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri. Setiap petang, dia dan Malik akan berkumpul bersama Zayyan, menghabiskan waktu di halaman rumah, menikmati detik-detik indah bersama.
Malik dan Evelyn yang pernah melalui badai gelap dalam hidup mereka, kini hidup dalam kehangatan cinta, membesarkan Zayyan dengan penuh kasih sayang. Hidup mereka kini adalah simbol pengampunan, harapan, dan kebahagiaan yang dibina semula selepas melalui dugaan berat.
Keseronokan mereka diperhatikan Raja Muhammad Idris Alim dan Raja Nurul Elina, yang sering datang melawat. Mereka dapat melihat bagaimana anak menantu mereka yang dulunya tertekan dengan kehilangan, kini kembali bersinar dengan kegembiraan dan semangat baru.
Raja Nurul Elina tidak dapat menahan air matanya ketika melihat cucu mereka, Zayyan. "Cucu nenek ni memang hensem sangat! Macam daddy dan mummy dia," katanya, menatap Zayyan dengan penuh kasih.
"Thank you, nenda! Nenda pun hensem sangat," Zayyan membalas dengan polos keanak-anakan.
"Hahahaha... Untuk perempuan cantiklah, sayang. Awak tu yang hensem,"
MALAM minggu, kafe masih beroperasi dengan penuh meriah. Suasana hangat dipenuhi dengan cahaya lembut lampu hiasan yang menggantung di seluruh ruang, mencipta suasana yang nyaman untuk para pengunjung. Malik duduk santai di satu sudut kafe, menikmati segelas kopi sambil menatap persembahan daripada busker yang diupah untuk memeriahkan malam itu.
Busker tersebut memainkan gitar dengan penuh penghayatan, melodi indah yang mengalun membawa penonton dalam suasana tenang dan damai. Malik tersenyum, merasakan kehangatan dan kebahagiaan yang mengelilingi kafe. Dia melihat gelagat para pelanggan yang bertepuk tangan dan menyanyi bersama.
Seseorang datang ke dalam kafe dengan niat yang muslihat. Perlahan-lahan dia menapak mendekati meja Malik duduki.
Ketika langkahnya semakin menghampiri, Malik masih terfokus pada persembahan busker yang sedang mendendangkan lagu-lagu indah. Zayyan dalam pelukan Evelyn, tidak sabar untuk melihat ayahnya terus terjun dari pegangan Evelyn lalu berlari mendapatkan Malik.
"Daddy!"
Malik terkejut seraya menoleh namun cepat-cepat ditangkap tubuh kecil yang melompat ke atasnya dengan perasaan keterujaan.
Setelah mencapai meja Malik, Evelyn memanggil lembut, "Assalamualaikum, soulmate..." Tangan Malik dicapai sebelum dicium dengan perasaan hormat.
Malik mengucup tangan Evelyn, membalas dengan cara yang sama. "Waalaikumussalam... Awak berdua ni datang mengejut kalau tidak daddy dah masakkan sesuatu dah,"
Evelyn tersenyum lebar. "Tak payah susah-susah, hubby. Kami dah makan di rumah. Kami datang sebab nak teman awak di sini. Zayyan rindu sangat dengan daddy dia."
Zayyan tersenyum, matanya bersinar saat melihat ayahnya.
"Zayyan yang rindu ke, mummy yang rindu daddy?" soal Malik bersama simpulan senyuman yang menawan. Membuatkan Evelyn memutarkan bebola mata ke atas.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Sejuknya Luka
RomansaRAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu...