Bab 68

2.7K 235 20
                                    


    
SUNYI yang membalut segenap ruang rumahnya seolah-olah membawa isyarat aneh, seperti awan mendung yang berlegar tanpa hujan, menunggu masa untuk pecah.

Evelyn mengerutkan dahi sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari bilik tidur. Suasana rumah itu terlalu sunyi. Tidak seperti biasa. Kebiasaannya, bunyi derap kaki Malik yang sibuk bersiap di dapur atau ruang tamu akan kedengaran seawal pagi. Namun hari ini, tiada langsung tanda-tanda kehadirannya.

Dia berjalan perlahan menuju ke ruang tamu, matanya liar memerhati setiap sudut rumah, mencari kelibat Malik. Tetapi, tiada apa-apa. Perasaan pelik mula menyelinap dalam dirinya. "Mana dia pergi?"

Tiada derap kaki yang sentiasa menemaninya di dalam bilik tidur, tiada suara pertanyaan tentang makan pada pagi ini dan juga tiada kekacauan yang menjengkelkannya seperti sebelum-sebelum ini.

Sesuatu terasa hilang. Evelyn termangu di ambang kesedaran, perlahan-lahan mengakui, baru dia sedar akan kewujudan suaminya kali ini.

Dia mengambil nafas panjang, cuba berfikir secara rasional. Mungkin Malik keluar atas urusan penting dan terlupa untuk tinggalkan pesanan. Namun, sesuatu dalam dirinya masih tidak tenang.

Evelyn duduk di sofa, memandang kosong ke arah pintu rumah. Fikirannya melayang, cuba meneka apa sebenarnya yang berlaku. Sunyi dan kekosongan rumah itu terasa menyesakkan, seolah-olah menyembunyikan sesuatu yang dia tidak mampu baca.

Akhirnya, dengan langkah yang sedikit berat, Evelyn menuju ke dapur. "Ibu," panggilnya lembut, mencari kelibat ibunya.

Eva sedang menyusun pinggan, tetapi melihat wajah Evelyn, dia segera menghentikan kerja.

"Eve nak apa-apa ke? Ibu boleh tolong buatkan," tanya Eva dengan nada prihatin.

"Kenapa sunyi rumah ni? Mana yang lain?" Soalan itu meluncur keluar tanpa dia sedari, yang masih berlapik.

Eva tersenyum lembut dan menatap wajah anaknya. "Ayah uruskan syarikat sekejap. Evlis ada hal," jawabnya, tanpa ada sedikit keraguan.

Evelyn mengerutkan dahi, tidak puas hati dengan jawapan itu. "Malik?"

Eva terdiam sejenak, seolah-olah keliru dengan pertanyaan Evelyn. "Ibu tak tahu pula. Bukan ke dia selalu ke masjid waktu subuh? Dia belum balik ke?" ujarnya, tetapi Evelyn tidak merasakan ketenangan yang diharapkan.

"Erm kalau macamtu tak apalah..." Evelyn berpatah balik ke ruang tamu dengan perasaan sedikit hampa. Saat dia berada di ruang tamu, Evlis pada masa yang sama masuk ke dalam rumah dengan wajah yang tegang seperti ada sesuatu yang mengusutkan fikirannya sekarang.

"Lis, dari mana?" tanya Evelyn perlahan.

"Ada hal," Mendatar seperti malas nak layan. Sama dengan jawapan Eva tadi. Namun ada sesuatu yang Evlis cuba sembunyikan.

"Kau tahu Malik pergi mana?"

Evlis menjawab dengan nada sinis, wajahnya dingin. "Entah. Laki kau, bukan laki aku. Dia tengah sibuklah tu cari jalan keluar dari hidup kau. Siapa tahu kan? Mungkin dia terjumpa kehidupan yang lebih menarik kat luar sana."

Evelyn terkejut, rasa marah meluap-luap dalam dirinya. "Kau ingat kau kelakar ke?!"

Evlis hanya mengangkat bahu, wajahnya masih menunjukkan berang yang disembunyikan terhadap kakaknya.

"Kau dah kenapa pagi-pagi ni? Terhantuk kepala kat mana-mana ke apa sampai tiba-tiba baru terdetik nak cari suami sendiri? Sebelum ni kau tak peduli pun kewujudan dia. Bukan kau yang nak sangat ke dia pergi? Takkan dah jilat balik ludah sendiri?"

Kata-kata Evlis seperti pisau yang menusuk, mencengkam jiwanya. "Lis, kalau kau tahu dia pergi mana, kau cakap jelah! Tak susah pun!"

"Susah! Sebab orang macam kau ni kalau cakap sampai berbuih mulut pun, belum tentu faham bahasa!"

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now