TITIK peluh jatuh perlahan ke lantai kayu, seiring dengan derap langkah yang semakin pantas. Ruang itu dipenuhi dengan dentuman kaki menghentam pad, bunyi berdesir sarung tangan berlaga, dan hembusan nafas berat yang serasi dengan rentak tubuh yang dilatih bertahun-tahun. Udara yang tenang di luar seolah tidak mampu menembusi kepanasan di dalam. Setiap gerakan, setiap hayunan, dipenuhi dengan fokus yang mendalam—seolah-olah dunia di luar tidak lagi wujud, dan hanya tubuh serta lawan bayangan yang menjadi nyata.Di tengah gelanggang itu, dia berdiri gagah, setiap otot tubuhnya terbentuk daripada disiplin yang tidak tergoyahkan. Tangannya dibalut kemas, sarung tinju merah menyala, seolah-olah menggambarkan bara api yang membakar di dalam hatinya. Sepakan demi sepakan dilontar dengan ketepatan dan kekuatan, seperti menghentam segala kekusutan dunia yang terbeban di bahunya. Bukan hanya tubuh yang dilatih, tetapi jiwanya—sebuah latihan mental yang menguji ketahanan, kecekalan, dan keberanian.
Setiap hayunan dan tumbukan yang dilayangkan bukan sekadar membuktikan kekuatan fizikal, tetapi juga menjadi lambang keteguhan semangat yang sukar ditewaskan. Dalam kesunyian ruang itu, kedengaran degup jantung yang berentak seiring dengan gerakan tubuhnya. Seperti puisi yang dipersembahkan melalui rentak tubuh yang penuh dengan disiplin dan seni.
Tiada ruang untuk kelemahan di sini. Setiap luka, setiap kesakitan yang dirasai adalah bukti bahawa hidup ini bukan sekadar tentang menang atau kalah, tetapi tentang bertahan dan terus berjuang. Ini adalah tempat di mana dia membuang segala kelemahan, memanifestasikan segala kekecewaan menjadi kekuatan. Wajahnya tenang, namun ada kilauan mata yang menyimpan rahsia. Rahsia yang hanya diketahui oleh mereka yang pernah benar-benar jatuh, dan bangkit semula dengan lebih kuat.
"Fuh, you really don't stop, do you?"
Suara itu hadir dari belakang, disertai dengan ketawa kecil yang cuba mencairkan suasana tegang di ruang itu. Evlis berdiri di pintu, tangannya bersilang di dada sambil memerhatikan gerak-geri kakaknya yang masih fokus menghentam pad.
Evelyn tidak segera menjawab, hanya melepaskan satu lagi tumbukan kuat sebelum tangannya jatuh perlahan ke sisi.
Evlis tersenyum nipis, melangkah masuk dengan riak wajah yang tenang. "You know, not everything in life requires a punch, Eve. Kadang-kadang, kita boleh settle things dengan perbualan biasa." Dia cuba mencipta suasana santai, namun Evelyn masih diam, matanya merenung lantai kayu di hadapan, seakan mencari sesuatu yang tak pasti.
"Hey," Evlis cuba lagi, suaranya lebih lembut kali ini. "You okay? You've been at this for hours. Something bothering you?"
Evelyn mengelap peluh di dahinya, masih belum memandang adiknya. "I'm fine," jawabnya pendek, suaranya seperti biasa—datar dan tanpa emosi. Namun, Evlis tahu ada sesuatu yang tak kena. Dia tahu kakaknya. Evelyn tidak akan membuang masa berjam-jam di dalam studio latihan tanpa sebab yang mendalam.
"Really? You don't seem fine to me," Evlis cuba memancing lagi, nada suaranya ceria. "Atau you're just mad because I can do better at this?" Dia menambahkan sedikit gurauan, cuba meredakan ketegangan.
Tetapi Evelyn tidak tergelak. Dia hanya menghela nafas panjang, melepaskan sarung tinju dari tangannya dengan perlahan. "Evlis, not today. I'm really not in the mood for chit-chat."
"Kenapa ni, sis? Siapa yang dah buat kau marah? Kalau ada pun kau takkan berkelakuan sebegini,"
"Kan aku cakap tak ada apa-apa," balas Evelyn dingin.
"Hmm... By the way," tiba-tiba suara Evlis memecah sunyi, "Malik dah nak check out dari hospital. Ibu called me just now."
"Wait, what?" Evelyn pantas berpaling, matanya tajam menatap adiknya yang berdiri di ambang pintu dengan ekspresi biasa.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Sejuknya Luka
RomanceRAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu...