Bab 40

3.4K 240 48
                                    


BERDEBAR rasanya saat semua mata terpaku pada Evelyn yang pantas menarik kembali kolar Dimitri pada saat terakhir tubuhnya separuh tergantung. Ketika ini Dimitri dipegang oleh genggaman tangan Evelyn yang bersimbah amarah.

"Jangan uji aku lagi, Dimitri! Kau dah hilang hak untuk hidup dalam keluarga ni. Kau dah hilangkan segala hormat aku terhadap kau!"

Tubuh Evelyn bergoncang kuat, amarahnya tak terkawal seolah-olah ingin meletus lagi. Namun, di saat genting itu, satu tangan tiba-tiba melingkari pinggangnya dari belakang, menariknya menjauh dari tembok balkoni dengan kekuatan yang tak disangka-sangka.

"Lepaskan aku!!! Lepaskan aku! Aku nak bunuh dia! Bunuh! Bunuh!" Amarah Evelyn kian memuncak sambil meracau dalam pelukan seseorang.

"Evelyn, c-cukup... c-cukup... Malik kat sini," bisik Malik, suaranya bergetar namun lembut.

Evelyn meronta, cuba melepaskan diri dari pelukan Malik, tubuhnya masih dipenuhi dengan kekuatan yang datang dari kebencian dan dendam yang mendidih dalam hatinya. Matanya yang masih kelabu bersinar tajam, kuku-kukunya yang tajam hampir melukai kulit Malik. Namun, Malik tak berganjak malah lebih erat memeluk Evelyn, sanggup menahan segala kesakitan demi menyelamatkan isterinya dari kehancuran dirinya sendiri.

"Eve, Malik ni... T-Tenang... Malik ada. Malik tak apa-apa..." Malik berbisik sambil menggenggam tangan Evelyn yang mengepal marah.

Tangan kiri pantas menutup kedua-dua mata Evelyn daripada menatap Dimitri yang tidak jauh daripada mereka dan mula mengucapkan zikir perlahan-lahan ke telinga Evelyn, zikir yang biasa Evelyn dengar setiap kali dia kehilangan arah.

"La ilaha illallah... La hawla wa la quwwata illa billah..." bisiknya, menenangkan segenap sudut hati yang sedang dikuasai emosi. Doa itu seperti air yang menyejukkan api yang membara. Malik mengulang-ulang, setiap zikir menjadi tembok yang menghalang Evelyn daripada terjun lebih dalam ke lembah kegilaan.

"Ya Allah, di saat hatinya terluka, peluklah dia dalam kasih sayang-Mu. Kurniakanlah Evelyn aku keazaman untuk bangkit kembali dan keyakinan bahawa setiap kesedihan pasti ada hikmah di sebaliknya." Doa Malik dibaca perlahan.

Tubuh Evelyn yang tadi meronta-ronta mula perlahan-lahan melemah. Giginya yang mengetap taring yang terlihat, serta mata kelabunya yang menyala dengan kemarahan mula pudar sedikit demi sedikit. Nafasnya yang terengah-engah kini mula tenang, teratur. Perlahan-lahan, Evelyn kembali ke realiti.

"Evelyn... Eve... dengar Malik. Malik tak apa-apa. Eve takut Malik kecewa sebenarnya kan? Tak... Malik tak marah dengan apa yang berlaku, jadi Eve pun jangan marah ya? Tak elok..." suara Malik yang penuh dengan kasih sayang itu akhirnya menembusi dinding kemarahan Evelyn. Dia merasakan tubuh isterinya yang dulunya tegang mula melonggar, dan genggamannya semakin lemah.

Malik terus memeluk Evelyn dengan penuh kasih sayang dan kekuatan, walaupun tubuh Evelyn masih menggigil, dan degupan jantungnya seperti berlumba dengan kemarahan yang belum sepenuhnya reda. Dalam diam, Malik mendekatkan bibirnya ke telinga Evelyn, lantas membisikkan kalimah yang mulia, kalimah yang pernah menenangkan jiwanya saat dia sendiri berada dalam kegelapan.

"Subhanallah... Alhamdulillah... Allahuakbar..."

Setiap kalimah yang keluar dari mulut Malik seolah-olah menjadi penawar buat Evelyn. Dia terus membisikkan zikir, berulang-ulang, dengan nada lembut dan penuh harapan. Tangan Evelyn yang tadi menggenggam kuat kini mulai longgar. Malik menekankan zikir-zikir tersebut dengan lebih mendalam, kali ini suaranya lebih dekat ke telinga Evelyn, menyusup ke dalam hati isterinya yang masih berjuang.

"La ilaha illallah... La hawla wa la quwwata illa billah..."

Evelyn mula teresak perlahan, seolah-olah setiap ucapan yang keluar dari mulut Malik menghancurkan tembok amarah yang terbina di dalam dirinya. Dia mula merasakan sinar ketenangan yang telah lama hilang. Nafasnya yang kencang dan tidak teratur kini perlahan-lahan kembali normal, walaupun tubuhnya masih lemah dalam pelukan Malik.

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now