Bab 59

2.6K 238 44
                                    


  EQA tersentak seribu bahasa saat kesakitan menjalar di sekitar pipi yang berubah merah. Rasa pedih di wajahnya tenggelam dalam amarah yang menyelubungi dirinya, tetapi lebih menyakitkan adalah hakikat bahawa lelaki pujaan hati yang selama ini dia harapkan — sanggup memukulnya.

Malik berdiri tegak, nafasnya deras menahan api kemarahan yang semakin membara. Pipi Eqa yang kemerahan di bawah tapak tangannya adalah bukti kesabarannya yang sudah hampir lenyap.

Hatinya jauh lebih terluka mendengar hinaan terhadap Evelyn. Apa pun yang berlaku, dia tidak akan biarkan sesiapa, termasuk Eqa, menghancurkan rumah tangganya.

Tanpa sepatah kata, Malik menarik lengan Eqa dengan kasar, membawanya keluar dari kafe, jauh dari pandangan pekerja-pekerja yang mungkin akan mempersoalkan apa yang berlaku. Mereka kini berada di lorong belakang yang sunyi, tempat di mana tiada siapa yang akan mendengar perbualan mereka.

"Biadap! Abang dah lama bersabar dan perhati perangai Eqa yang makin lama makin melampau!" Malik akhirnya meledak, suaranya bergetar menahan marah.

"Kalau Eqa nak hina abang, Eqa hinalah! Tapi jangan sesekali burukkan satu-satunya perempuan yang sedang mengandungkan zuriat abang. Evelyn perempuan jahat? Eqa tu yang jahat! Tak habis-habis nak cari pasal dalam rumah tangga abang. Abang tak fahamlah! Apa yang Eqa tak puas hati? Eqa kata Eqa sayang abang sebagai keluarga tapi kenapa Eqa sanggup buat macam ni?!"

Mata Eqa terbakar dengan air mata yang dia cuba tahan. Tangannya menggigil, antara sakit di pipi dan sakit di hati. Tetapi kata-kata Malik, seolah-olah menusuk jauh ke dalam jiwanya, membuatkan dia tidak dapat lagi menahan rahsia yang dipendamnya selama ini. Rahsia yang selama ini dia harap Malik akan fahami, namun tidak pernah dilihatnya.

"Sayang abang sebagai keluarga?!" Eqa menjerit, suaranya penuh kesakitan. "Abang, Eqa sayang abang lebih daripada ahli keluarga. Eqa cintakan abang! Takkan itu pun abang tak perasan lagi?"

Malik terkejut. Perkataan itu seperti kilat menyambar kepalanya, melumpuhkan fikirannya seketika. Eqa mencintainya? Sepupu yang dia anggap sebagai adik sendiri? Rasa jijik dan marah semakin menyesakkan dada Malik.

"Tapi abang tak cintakan Eqa!" Malik bersuara keras, suaranya tegas dan tajam. "Abang tak pandang Eqa lebih daripada seorang adik. Kita ni sepupu, kekal jelah sebagai sepupu. Kenapa nak kena sampai bercinta dan berkahwin? Eqa masih muda, masih ada banyak peluang nak kenal dengan lelaki yang boleh terima Eqa. Sama macam Kak Evelyn yang terima abang seadanya!"

Eqa tergelak sinis, air matanya mengalir tak henti-henti. "Abang ingat mudah nak jatuh cinta dengan orang lain? Sejak kecil lagi, Eqa sentiasa bersama dengan abang ke mana sahaja. Eqa tengok abang, Eqa hidup dalam bayang-bayang abang! Abang adalah satu-satunya lelaki yang mengajar Eqa apa itu cinta. Tapi sekarang? Abang pilih perempuan dingin yang tak pernah tahu pun apa erti cinta sebenar! Abang tinggalkan Eqa macam Eqa tak bermakna apa-apa dalam hidup abang!"

"Cinta?? Itu yang Eqa fikirkan?!" Malik menjerit, hatinya hancur melihat keadaan Eqa yang semakin tergelincir ke dalam bisikan syaitan.

"Apa yang Eqa rasa tu bukan cinta. Itu obsesi! Eqa terlalu lama terperangkap dalam bayang-bayang abang sampai tak nampak realiti sebenar! Eqa kena lepaskan. Evelyn isteri abang sekarang dan tak ada apa yang Eqa boleh buat untuk ubah itu."

Namun Eqa tidak mendengar. Wajahnya penuh dengan kebencian yang teramat dan dia berasa seolah-olah seluruh dunianya runtuh. "Abang tak boleh buat macam ni pada Eqa. Abang tak boleh tolak Eqa macam ni!"

"Eqa, dengar sini," Malik cuba menenangkan dirinya walaupun dalam keadaan marah. "Ini bukan soal menolak atau menerima. Ini soal realiti. Jangan rosakkan hubungan kita dengan fantasi yang tak masuk akal."

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now