PUM!Pintu bilik hotel terhempas terbuka dengan satu dentuman kuat, dan di ambang pintu berdiri Evelyn. Wajahnya berubah sepenuhnya—tiada lagi lembut atau keanggunan yang biasanya terpancar. Sebaliknya, apa yang kelihatan adalah seorang wanita yang sudah kehilangan kewarasan, matanya bersinar dengan kebencian dan amarah yang meluap. Aura negatif yang menyelubunginya mengisi ruang itu, seolah-olah bayangan kelam menyelimuti dinding-dinding bilik.
Dimitri terhenti, terkejut dengan kehadiran Evelyn yang tak disangka. Namun, sebelum dia sempat mengeluarkan sepatah kata, Evelyn sudah menerkam ke arahnya dengan satu gerakan liar. Gerakannya pantas dan buas, kuku-kukunya yang tajam mencakar kulit Dimitri tanpa belas kasihan.
"Berani kau sentuh suami aku!" Evelyn meraung, suaranya parau dan garau, hampir tidak manusiawi. Setiap kata yang keluar bagaikan ledakan kemarahan yang tak tertahan, dan dengan setiap serangan, taringnya semakin jelas kelihatan—tajam, siap untuk mencederakan.
Dimitri cuba melawan, tapi Evelyn terlalu kuat. Tubuhnya yang kelihatan langsing kini bertukar menjadi simbol kuasa dan kebuasan. Seperti serigala betina yang marah, Evelyn terus menyerang tanpa henti, menggigit dan mencakar, menghantam Dimitri hingga dia terdorong ke dinding. Serangan Evelyn adalah gambaran naluri purba yang dahagakan penguasaan dan balas dendam, tidak sedikit pun memberi peluang untuk Dimitri bangkit.
Dimitri tidak berundur begitu sahaja. Saat kuku tajam Evelyn mencakar kulitnya, satu senyuman bengis terukir di wajahnya. Darah yang mengalir dari lukanya perlahan-lahan mulai berhenti, seolah-olah luka tersebut tidak memberi kesan kepada tubuhnya. Dalam sekelip mata, Dimitri bangkit semula, matanya kini bersinar dengan cahaya merah pekat, menandakan kuasa yang diwarisi daripada darah serigala jadian dalam tubuhnya.
"Akhirnya kau tunjuk juga sisi gelap kau, Evelyn. Tapi kau lupa... aku juga sebahagian daripada keluarga Skye," katanya sambil tersenyum sinis, matanya kini memancarkan kebencian yang sama.
Evelyn melompat, mencakar dengan liar, tetapi Dimitri mengelak dengan mudah, lalu balas menyerang. Hentakan kuat ke perut Evelyn menghantarnya terpelanting ke dinding. Dinding itu retak, namun Evelyn tidak menunjukkan sebarang rasa sakit. Dia segera bangkit, wajahnya membara dengan kemarahan yang tak tertahan.
Bunyi derap kaki mula kedengaran dari luar. Eva dan Evan serta ahli keluarga yang lain mendekati bilik setelah mendengar bunyi bising yang kuat di aras tersebut.
"Apa yang berlaku di sini?" suara Eva menggegar suasana tegang. Dia terkejut melihat keadaan bilik yang porak-peranda, tubuh Evelyn dan Dimitri terhimpit dalam pertarungan ganas.
"Evelyn, berhenti!" jerit Evan, tetapi langkahnya terhenti apabila melihat wajah anaknya yang membara dengan kemarahan.
"Sesiapa jangan datang dekat! Kalau tak Eve bunuh si sial ni di sini!" Evelyn menyalak, suaranya penuh dengan ancaman. Kuku-kuku tajamnya terarah kepada mereka, menandakan bahawa sesiapa yang berani mendekat akan menghadapi akibatnya.
"Apa yang kau fikirkan, Eve? Dia sepupu kita!" Evlis berusaha meredakan keadaan, tetapi kata-katanya hanya membakar kemarahan Evelyn.
"Aku tak adalah sepupu songsang dua alam macamni. Buat malu keturunan je! Dan sekarang dia memang silaplah sebab dah sentuh suami aku!" Evelyn membentak, mata kelabu yang tajam berkilauan dengan aura menggerunkan.
Viktor cuba datang dekat untuk menyelamatkan anaknya namun Evelyn cepat-cepat menghunuskan kuku tajam ke arahnya.
"Try to dare me, Uncle Victor! Come near and I will end your bloodline!"
"Cukup, Evelyn!" Evan menegaskan, tetapi nadanya teragak-agak.
"He nearly touched my husband, ayah! Bayangkan kalau darah daging ayah sendiri buat macamtu pada ibu! Ayah marah tak?!"
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Sejuknya Luka
RomansaRAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu...