Bab 54

2.6K 207 22
                                    



"EVELYN, Malik ajak datang sini bukan untuk Evelyn berdebat," Malik mula membebel. "Kita datang untuk belajar, bukan buat kecoh. Nanti semua orang ingat kita ni tak ada adab."

Evelyn hanya tersenyum sinis, memandang Malik dengan mata yang sedikit mencabar. "Saya cuma mempertahankan apa yang betul. Dan awak nak saya duduk diam bila dengar benda yang tak masuk akal tu? Uh-uh! No way!"

Di sebelah Evelyn, Izzati juga menerima nasib yang sama. Wafiy, yang jarang sekali meninggikan suara, kini mula bersuara tegas. "Izzati, abang tahu awak tak suka duduk diam bila ada benda yang awak rasa tak betul. Tapi tak semua benda awak perlu lawan depan-depan. Ada cara lain untuk kita berdebat. Tadi tu bukannya masa yang sesuai."

Izzati mengeluh, mengangkat tangan tanda tidak setuju. "Abang, abang tahu saya tak boleh diam bila ada orang yang cakap sesuatu yang sempit dan tak adil. Kenapa kita perlu tunduk pada ideologi yang kolot macam tu? Lagipun, saya tak buat kecoh pun, saya cuma bagi pendapat!"

Wafiy menggeleng perlahan. "Pendapat awak tu dah cukup buat perempuan tadi malu. Nak puaskan hati semua orang pun tak boleh, sayang. Nak betulkan balik apa yang dah biasa tu mungkin akan mengambil masa yang panjang untuk cuci semula pemikiran mereka,"

Malik memandang Wafiy sebelum kembali kepada Evelyn. Digosok kepala Evelyn lembut sebagai langkah untuk menenangkan hati Evelyn yang membara.

"Lepas ni, kalau Malik ajak Eve ke mana-mana, Malik harap Eve boleh jaga diri. Bukan semua benda kita kena lawan, Eve."

Evelyn mengeluh perlahan, "Tapi saya tak boleh duduk diam bila dengar benda yang saya rasa salah. Awak sendiri tahu saya macam mana."

Izzati menepuk belakang Evelyn dengan penuh semangat. "Itulah dia! Kalau tak ada orang macam kita, siapa lagi yang nak bagi suara kepada mereka yang tak bersuara?"

Hmph!

Evelyn dan Izzati terus memeluk tubuh tanda tidak puas hati terhadap suami masing-masing.

Malik dan Wafiy saling berpandangan, tahu bahawa membebel lebih lama pun tak akan mengubah sikap kedua-dua wanita di hadapan mereka.

"Haih, ada yang aku buat sampai mengandung lagi ni kang. Yelah, sayang. Tapi lain kali, cuba kawal sikit ya?" pujuk Wafiy sambil melutut di hadapan Izzati dengan pandangan lembut.

Malik hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum tipis. "Malik tak tahu bila Eve akan sedar yang berdiam akan membuatkan orang itu matang, tapi Malik tak kata cara Eve lawan tu salah. Cuma tolonglah... jangan buat seminar tadi macam gelanggang arena perdebatan lagi."

"Kalau tak nak perempuan mulut longkang, pergi kahwin dengan perempuan bisu. Bye!" Izzati terus melangkah pergi. Walau apapun dia tetap menegakkan ego. Tak pelik sebab dia yang paling tua di situ.

"Errr..." Evelyn memandang Izzati dengan teragak-agak untuk mengikut langkah kawannya atau terima sahaja leteran Malik tadi. "Awak pun sama! Tak nak menangkan isteri awak. Siapa yang mengandungkan anak awak? Saya atau perempuan tu? Hmph! Err woi Izzati tunggu aku!"

Langkah Izzati dikejar sebelum badan mereka ditelan lautan manusia yang ada di expo tersebut.

Wafiy dan Malik berdiri sejenak sambil memerhatikan kedua-dua isteri mereka yang sudah hilang ditelan lautan manusia di expo tersebut. Keadaan kembali sunyi hanya dikelilingi oleh suara-suara pengunjung lain yang sibuk dengan hal masing-masing. Mereka berdua saling berpandangan lagi, kemudian menggeleng perlahan.

"Nak kena kejar ke?" soal Malik.

"Tak payah. Kalau mereka ingat yang mereka ada suami, nanti pandai-pandailah mereka cari kita balik," jawab Wafiy tenang. Dia pula yang mengambil tempat di bangku panjang Izzati duduk tadi. Berdiri lama-lama dengan bertongkat agak sukar untuknya.

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now