Bab 48

2.9K 212 10
                                    


DI dalam kediaman kecil yang dipenuhi dengan harapan dan kasih sayang, Evelyn duduk dalam diam, meresapi bunyi detik jam yang seakan-akan menghitung masa yang tersisa.

Malik melangkah masuk ke dalam rumah dari menunaikan solat isyak di masjid dengan senyuman di wajah, tetapi suasana yang menyambutnya agak berlainan daripada biasa. Evelyn yang biasanya akan menyambutnya dengan senyuman hangat dan pelukan, kini hanya duduk di sofa dengan pandangan kosong. Tangannya memegang buku, tapi jelas dia tidak membaca.

"Evelyn?" Malik memanggil lembut, menanggalkan songkok hitam lalu diletakkan di atas meja kopi dan menghampiri Evelyn. "Evelyn okey ke?"

Evelyn tersentak sedikit, baru tersedar dari lamunannya. Dia cuba tersenyum, tapi senyuman itu kelihatan hambar dan tidak setulus seperti biasa.

"Oh, hai... awak dah balik." Dihulurkan tangan untuk salam, Malik menyambut sebelum Evelyn menciumnya. Kemudian sebagai balasan Malik turut mengucup tangan Evelyn dengan perasaan hormat terhadap permaisuri hati.

Malik duduk di sebelah Evelyn, memerhatikannya dengan penuh perhatian. "Evelyn nampak lain lepas balik kerja. Ada apa-apa yang mengganggu fikiran Evelyn ke?"

Evelyn mengeluh perlahan, kepalanya menunduk. Dia tidak tahu bagaimana mahu menyampaikan berita itu. Perasaan bercampur baur antara tanggungjawab kepada keluarga dan cintanya terhadap Malik.

"Malik, saya ada sesuatu nak cakap dengan awak."

Nada suaranya yang serius membuatkan hati Malik sedikit tersentak. "Cakaplah. Malik sudi mendengar. Apa yang terjadi?"

Evelyn menarik nafas panjang sebelum akhirnya bersuara. "Ayah suruh saya balik ke Rusia. Uncle Edward ada masalah besar dengan syarikat dia di sana dan mereka perlukan saya untuk bantu selesaikan. Ayah terhutang budi waktu uncle tolong jagakan syarikat kami di sini,"

Terdiam sejenak, Malik merenung dalam wajah isterinya. Keputusan ini jelas berat buat Evelyn, dan dia dapat melihat kegusaran yang bermain di matanya.

"Rusia?" Malik mengulangi, cuba mencerna maklumat itu. "Berapa lama?"

"Itu yang saya tak pasti. Mungkin sebulan, mungkin lebih." Evelyn memandang Malik, matanya memohon pengertian. "Saya tak mahu tinggalkan awak, tapi..."

"Bila Eve akan pergi?"

"Lagi cepat lagi bagus jadi saya nak berangkat ke sana lusa. Kalau awak tak kesah, Malik..."

Malik diam tapi genggaman tangannya pada Evelyn semakin erat. Walaupun hatinya berat untuk menerima, dia tahu ini bukan soal mudah. Evelyn selalu meletakkan keluarga di tempat pertama sama seperti dia.

"Evelyn, dengar ni apa yang Malik nak cakap," Malik memulakan, suaranya bergetar lembut. Sambil diangkat dagu Evelyn menyamai paras pandangan matanya.

"Ketika Allah menguji kita dengan jarak, itu bukan hanya untuk menguji ketahanan hati, tetapi juga untuk menguatkan iman kita."

Evelyn menundukkan kepala, merenung lantai, sementara Malik meneruskan, "Kita mungkin terpisah oleh jarak fizikal, tetapi hati kita saling terhubung. Sebagaimana firman-Nya, 'Di mana pun kamu berada, Allah akan membawa kamu kembali.' Evelyn tahu tak yang jarak tidak memisahkan kita, tetapi memperkuat ikatan yang kita miliki. Makin rindu makin sayang,"

Evelyn menatapnya dengan harapan, "Tapi macam mana dengan sambutan hari lahir awak? Awak mesti nak raikan bersama saya kan?"

Senyuman Malik terukir namun kelihatan hambar, mungkin sedang memendam perasaan sebenar.

"Apa beza hari lahir dengan hari-hari yang kita lalui bersama? Setiap hari bersama Evelyn semuanya istimewa. Tak apalah, tak ada rezeki nak sambut sekali. Nanti Evelyn dah balik sini mungkin kita sambut sekali lagi hanya kita berdua sahaja,"

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now