Bab 19

3.1K 210 14
                                    



        "EVELYN,"

Evelyn menoleh ke arah Evan dan Eva di ruang ramu, sedang bersantai dan beristirehat pada malam hari.

"Ya?" Dia menapak mendekati sebelum duduk di salah satu sofa yang kosong.

"Tadi keluarga Malik ada call kami," Eva membuka muqadimmah tanpa menunggu lama lagi.

Terus sahaja tegak badan Evelyn saat nama Malik meneliti di telinganya. Deria pendengaran dan penglihatan ditajamkan memanah ke arah mereka.

"And...?"

"Mereka terima lamaran kamu. Mereka nak buka peluang sekali lagi untuk Malik dalam perkahwinan memandangkan Malik dah ceraikan Zarra. Cumanya kali ni mereka hanya mengikut kata putus Malik. Mereka tak nak jadi punca lagi dalam kegagalan rumah tangga anak mereka,"

"Already divorce ha?" Tidak terkejut dengan perkhabaran ini kerana dia sendiri dapat tahu melalui rakaman kamera tersembunyinya.

"Apa cerita dengan Zarra?"

"Dengar cerita dah direman untuk beberapa hari sementara polis kumpul bukti dan menyiasat," jawab Evan. Evelyn mengangguk akur sedangkan dialah orang yang sudah menangkap Zarra dan Rafael ke muka pengadilan.

Menghukum dengan cara kotorkan tangan sendiri bukan caranya. Orang yang dah melanggar undang-undang dan melakukan jenayah itu biarlah dihukum atas hukuman yang diberikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

"Skandal dia pun dapat ditahan sekali atas pertuduhan bersubahat. Hm... Kesian Malik diuji sebegini. Sampai hati Zarra buat dia macamtu," ujar Eva sedikit kesal dengan pergolakan sosial anak zaman sekarang.

"Kamu pergilah jumpa Malik dan berbincang dengan dia secara bersemuka dan berduaan. Dia dah sedar tu. Tapi jangan expect yang dia okey. Sedar pun dengan air muka seperti terganggu. Kemungkinan besar dia menghadapi trauma atas apa yang terjadi. Apa-apa keputusan dia tolong hormati, Eve," tambah Eva lagi, mulai fokus ke arah Evelyn.

"Orang tahulah..." Evelyn meriak muka tidak senang lalu berpeluk tubuh. Mata ditoleh ke tempat lain. Terasa sedikit dengan kata-kata Eva kepadanya seakan dia akan berkasar dan berkeras dengan Malik.

"Eve, bukan kami tak tahu kamu macam mana. Everybody know you had the power to make a decision. Tapi kalau boleh dengan Malik jangan terlalu memaksa. Kamu tahu kan kesihatan mentalnya tidak beberapa baik seperti kita," kata Evan pula.

"It would be harder for you if he's acting aggressively when you started to force something that he doesn't want to," tambah Eva pula.

"How dare you say something like that? Can you guys act like he's normal, same like us? Kekurangan yang dia ada bukan satu jurang dia berbeza. Dia bukan lembab! Dia bukan bodoh! Dia cuma polos, ibu, ayah. Dia naif dan tak tahu macam mana kejamnya dunia ni disebabkan orang sekelilingnya tak habis-habis nak anggap yang dia tu OKU yang perlu dibantu untuk suap makan minum. And I will prove to you that he can be a gentleman where every woman in this world craves for his love!" Evelyn serentak bangun dan pada masa yang sama bunyi petir menyambar langit sedangkan langit malam ini tadi elok je tenang.

Naik bulu roma Evan dan Eva saat mendengar suara tegas Evelyn tersebut. Aura Evelyn bawa tidak dinafikan mampu mengancam sesiapa yang cuba untuk mencabar beradu tenaga dengannya.

"Eve, bawa bertenang. Tak berkurang rupanya baran kamu tu dari dulu," Evan tenang senyum dan menggeleng kecil.

"Dengarlah dulu apa yang kami nak cakap. Ya, kami sedar yang kami salah. Kami minta maaf. Tapi niat kami lain. Jodoh kamu tu orangnya baik. Kami dah pernah berjumpa dengannya sebelum ni. Ibu dan ayah tahu dia mampu menjadi seseorang yang boleh membahagiakan kamu. Tapi ibu dan ayah risaukan dia. Nampak sangat yang kamu akan dominasi hubungan tu nanti. Takut kamu akan triggered dia. Kami tak nak kamu dipersalahkan,"

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now