Bab 32

3.4K 297 120
                                    



GELISAH. Malam semakin larut dan Evelyn belum pulang selepas mereka balik dari pasaraya. Dia memeriksa telefon bimbitnya sekali lagi, hanya untuk melihat mesej ringkas dari Evelyn yang mengatakan dia terpaksa ke syarikat kerana hal kecemasan.

Malik memandang jam di dinding. Sudah hampir tengah malam. Rasa tidak tenteram menghantui fikirannya. "Evelyn, Evelyn pergi mana sebenarnya?" bisiknya, hatinya berdebar.

Sementara itu, Evelyn duduk di dalam kereta mewahnya, memerhatikan dengan dingin. Tidak jauh di ceruk semak, Rafael terbaring dalam keadaan parah di atas tanah, dalam keadaan hampir tidak bernyawa. Beberapa lelaki kuat yang Evelyn upah sedang berdiri di sekeliling Rafael, wajah mereka menunjukkan tanda kepuasan setelah melaksanakan arahan Evelyn dengan teliti.

Evelyn menoleh sedikit ke arah lelaki tersebut yang memegang telefon bimbit. "Jangan mati pula anak orang," arah Evelyn dengan nada dingin dan tegas. "Dia hanya perlu belajar bahawa mengancam orang yang salah bukan pilihan yang baik."

Lelaki itu mengangguk, terus mengikuti arahan Evelyn tanpa banyak soal. Evelyn terus melihat tanpa sekelumit rasa simpati. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menghantar mesej ringkas kepada Malik.

Sorry, Malik. Terpaksa tinggalkan awak sekejap di rumah. Saya janji sekejap lagi saya balik.

Dengan berani dan selamba, Evelyn turun daripada kereta. Pemakaian yang serba hitam, warna rasmi seorang Evelyn Skye dengan kaca mata hitam tersemat di batang hidung menunjukkan aura hebat wanita alpha.

Rafael merintih kesakitanmemandang Evelyn dengan mata penuh kemarahan dan ketidakpercayaan. "Kau... Kau tak akan terlepas..." katanya dengan suara yang hampir tidak kedengaran, penuh dengan kebencian.

Evelyn menatap Rafael dengan penuh ketenangan. "Oh, but I just did. And if you ever think of coming near Malik again, I will ensure that the next time, there will be no chance for you to recover," katanya, suaranya menandakan ancaman yang tidak dapat diabaikan.

"Tuih!" Dia meludah air liur yang bersalut darah ke tanah. "Apa yang kau nampak pada lelaki lembik macam tu ha?!"

"Lelaki lembik pun tak adalah sehina kau," Sinis nada digunakan dalam menghentam Rafael.

"Kau fikir kau menang? Kau cuma sorok belakang duit kau! Kau pengecut!"

Evelyn tidak tergugat sedikit pun oleh kata-kata Rafael. Dia melangkah dengan tenang menghampiri Rafael yang terbaring di atas tanah. Derapan kaki kasut boot kerasnya bergema sedikit ketika menghentak tanah keras, membingitkan suasana yang sunyi.

"A coward? Really, Rafael?" Evelyn membalas dengan nada dingin. Dia membongkok sedikit, mendekatkan wajahnya ke arah Rafael yang masih cuba menghela nafas.

"Kalau aku pengecut, kau tak adalah terbaring macam anjing, mengemis untuk nyawa." Kesat tutur katanya, selayak diberikan kepada lelaki tak faham bahasa ini.

Rafael mengetap bibir, cuba menahan rasa sakit. "Kau ingat aku takut dengan kau? Roda sentiasa berpusinglah. Mungkin harini giliran kau tapi satu masa nanti aku akan pastikan kau yang akan mati kecundang di bawah!"

Evelyn ketawa kecil, sinis. Dia bangkit semula, menyilangkan tangan dengan wajah yang penuh dengan rasa jijik. "Sebelum kau buka mulut dan tunjuk kebodohan, kau patut tahu. I play by different rules. And trust me, they are not the ones you're used to."

Rafael cuba melawan kata-kata Evelyn lagi, tapi suaranya semakin lemah. "Kau fikir Malik akan kekal dengan kau kalau dia tahu semua ni? Dia akan tinggalkan kau kalau aku bagitahu dia tentang ini..."

Evelyn tersenyum sinis, mendekatkan diri sekali lagi. "Sejak bila mayat boleh bercakap?"

Dia berdiri semula, Evelyn berhenti sejenak, tersenyum sinis sebelum berbalik arah menuju ke keretanya. Rafael yang masih terbaring di tanah mengerutkan dahi apabila melihat Evelyn membuka pintu belakang kereta. Wajahnya penuh ketakutan, matanya membesar saat Evelyn muncul semula, kali ini ditemani oleh seekor serigala besar yang tiga kali ganda saiz seekor anjing baka husky.

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now