Bab 10

3.1K 192 13
                                    


    SUASANA di bilik sidang media Skye Corporation tegang. Setiap sudut ruang dipenuhi oleh kakitangan dari pelbagai jabatan, ahli lembaga, dan korporat syarikat yang hadir dengan pelbagai spekulasi dan soalan bermain di benak fikiran. Sidang media yang diadakan secara tiba-tiba ini menjadi bualan hangat sejak malam sebelumnya, dan hari ini semua mata tertumpu pada seorang wanita—Evelyn Skye.

Evelyn melangkah masuk dengan langkah yang tenang tanpa menggambarkan keletihan dan ketidaksenangan hati. Wajahnya langsung tidak mempamerkan kesan dari tuduhan liar yang telah dilemparkan ke arahnya.

Setelah berdiri di hadapan mikrofon, Evelyn menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara. Suaranya tegas, tapi ada nada kecewa yang tersirat di sebalik setiap perkataan.

"Tuan-tuan dan puan-puan, saya panggil sidang media ini bagi menjawab beberapa spekulasi dan gossip yang telah tersebar mengenai diri saya. Fitnah bahawa saya seorang lesbian dan menjalani kehidupan yang songsang adalah tidak benar sama sekali," Evelyn memulakan ucapannya, matanya meliar melihat setiap wajah yang hadir.

"Spekulasi seperti ini bukan sahaja mencemarkan nama baik saya, tetapi juga integriti syarikat. Oleh itu, saya akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka yang terlibat dalam menyebarkan fitnah ini. Saya harap ini menjadi pengajaran buat semua agar berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu yang tidak berasas."

Para hadirin mula saling berpandangan, jelas terkejut dengan ketegasan Evelyn. Namun, sebelum sempat mereka memproses sepenuhnya kata-kata itu, Evelyn menambah, "Untuk meredakan keadaan dan mengelakkan sebarang spekulasi lanjut, saya ingin mengumumkan bahawa saya bakal berkahwin tidak lama lagi. Tarikh perkahwinan belum dapat saya kongsikan, namun ia akan berlangsung dalam masa terdekat."

Kata-kata itu bagaikan bom yang meledak di dalam bilik tersebut. Wajah-wajah terkejut dan bisikan kecil mula kedengaran di kalangan hadirin. Evelyn tersenyum senget, matanya bersinar dengan kepuasan kerana dia berjaya mematahkan gossip dengan cara yang begitu berkesan.

"Terima kasih kerana hadir pada pagi ini. Saya harap pengumuman ini menjelaskan segala kekeliruan. Dan kepada mereka yang seronok mencampuri urusan orang lain—ingatlah, kebenaran akan muncul juga, walau sedalam mana pun ia disembunyikan. Berhati-hatilah di mana anda melangkah, kerana tanah yang kelihatan kukuh mungkin akan runtuh di bawah kaki anda," katanya sambil mengakhiri sidang media dengan penuh keyakinan, sebelum melangkah keluar dari bilik itu, meninggalkan semua yang hadir dengan pelbagai persoalan dan tanda tanya.

Evelyn melangkah ke arah Evan dan Evlis dengan pandangan penuh makna. Evan mengangguk kecil tanda puas hati apabila keadaan reda seperti sediakala. Nampaknya sidang media berlangsung dengan lancar. Tiada apa lagi masalah yang akan timbul lagi selepas ini.

"Lunch together?" tanya Evlis.

"No, thank you. I've already got a lunchbox from someone," Sebaik sahaja Evelyn berkata begitu, senyuman lebar naik menghiasi wajahnya.

Teringat saat dia mengambil Zarra di rumah wanita itu, Zarra menghulurkan satu beg kertas yang dia bawa bersama. Apabila ditanya, Zarra mengatakan ini makanan tengah hari sebagai tanda terima kasih kerana menghulurkan pertolongan.

Katanya Zarra yang masak sendiri tapi di sudut hati Evelyn, dia tahu Malik yang menyediakan semua ini. Zarra hanya meminta Malik untuk menyediakan makanan buat Evelyn sekali.

Satu rasa kepuasan dan penghargaan melimpah dalam diri Evelyn, melihat usaha kecil ini sebagai simbol hubungan yang semakin mendalam.

Evan dan Evlis sedikit terkejut. Bukan terkejut kerana di mana datangnya bekal makanan itu tapi emosi yang bermain di wajah Evelyn yang baru sahaja mereka lihat. Sepanjang Evelyn membesar, sangat susah untuk melihat perubahan mengikut bentuk emosi yang bermain dalam diri Evelyn. Sejak bau feromon muncul menganggu ketenteraman Evelyn sedikit sebanyak mengubah cara hidup Evelyn yang minimalis ini.

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now