Bab 15

3K 204 24
                                    



"MALIK?! Malik! Oi, kau kat mana?!" Laungan Zarra yang kemarahan akibat Malik yang tidak menyahut panggilannya.

"Asyahadu Allaa Ilaha Illallah. Wa 'asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah. Allahumma Solli 'alaa Muhammad Wa 'alaa Ali Muhammad..." Takhiyat akhir dibaca secara bisik dengan hanya menggerakkan bibir.

"Malik?! Kau pekak ke apa?!"

Bum!

Pintu dibuka dengan kasar sehingga kedengaran bunyi berdentum apabila terkena pada dinding. Tidak cukup dengan itu, ditendang belakang Malik sebaik sahaja lelaki itu memberi salam solatnya yang terakhir.

"Allahuakhbar!" Malik melatah perlahan sebelum menoleh dengan riak terkejut. Zarra seperti orang yang tiada perikemanusiaan mencerlung matanya tajam.

"Aku panggil kau buat bodoh je eh?!" Mengaum Zarra lagi.

"Zarra, kan Malik tengah solat," Dia perlahan bangun daripada jatuhnya lalu menghadap Zarra dengan riak terpinga-pinga.

"Aku tahulah kau tengah solat. Aku tak buta lagi! Masalahnya 30 minit kau solat, kau solat apa?! Solat taubat nasuha ke sampai lama sangat?!" marah Zarra lagi.

Malik menahan sabar sambil menggigit bibir bawahnya. Solat lama bukannya benda yang tidak normal. Begitulah dia kusyuk dalam solatnya. Melakukan solat sunat dua rakaat sebelum dan selepas solat fardhu yang dilakukan. Selepas solat dia akan tilawah dua ke tiga helai muka surat alQuran.

"Zarra, maafkan Malik kalau Malik buat Zarra marah tapi kalau nak marah Malik pasal benda lain, Malik tak kesah. Malik terima kemarahan Zarra tapi jangan marah sebab Malik tengah lakukan ibadah. Zarra tahu kan apa yang Zarra buat ni berdosa besar?" pujuk Malik sambil mahu menyentuh bahu Zarra untuk meredakan kemarahan wanita ini.

Namun, kelembutan Malik sekali lagi gagal mengawal ledakan amarah Zarra malah Zarra terus menepis tangan Malik kasar ditambah dengan ludahan air liur ke wajah Malik.

"Pergi mampus aku lah nak buat apa pada kau! Bukan aku yang nak sangat hidup berdua dengan kau di rumah ni. Kalau rasa tak boleh nak tanggung isteri derhaka macam aku, lepaskan aku cepat!" Zarra masih tidak mahu mengaku kalah dengan agendanya yang mahu terlepas dari cengkaman Malik.

"Zarra memang sengaja ke buat macamni pada Malik? Hanya sebab Zarra nak Malik lepaskan Zarra?"

"Habistu selama ni aku seksa hidup kau takkan kau masih tak faham-faham lagi?! Bebal punya jantan. Suka sangat buat aku tertekan!" Zarra terus menyepak kaki Malik sehingga lelaki itu menjerit kesakitan.

"Padan muka kau! Bodoh nak mampus. Kalau aku jadi mak bapak kau kecik-kecik lagi aku dah letak kau kat rumah anak yatim. Tak pun aku cekik sampai mampus. Buat malu ada keturunan bodoh dan biul macam kau," herdik Zarra lagi. Cemuhan wanita itu masih lagi berbaur racun yang mengalir dalam darah Malik menyebabkan Malik hanya mampu mengetap bibir kuat.

Sekali lagi dia cuba untuk bersabar. Tak nak disebabkan perasaan seorang perempuan yang sememangnya terbentuk oleh emosi yang terlalu kuat menyebabkan dia juga hilang pedoman.

"Zarra, Zarra nak apa sampai panggil Malik?" soal Malik lemah lembut, tidak mahu melanjutkan pergaduhan dengan lebih lama.

"Aku lapar. Makanan tengah hari tadi aku tak nak. Kau masak yang baru. Tekak aku teringin sangat nak makan sambal tumis ikan bilis," arah Zarra dengan nada bengis dan dingin. Dia menolak bahu Malik supaya keluar ke dapur untuk masak. Tekak sejak pulang dari pejabat lagi terasa lain macam. Mengada bukan main.

"Sebab tu je?" Malik tergamam. Zarra tidak sedar ke bahawa perbuatannya tadi tidak setimpal dengan permintaan yang boleh ditunaikan seusai sahaja dia menghabiskan ibadahnya? Sanggup bersikap kurang ajar semasa dia sedang solat hanya kerana ingin menyuruh dia masakkan lauk baru pada malam ini?

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now