Bab 4

2.7K 194 4
                                    


PAGI mesyuarat itu, Zarra melangkah masuk ke pejabat dengan wajah yang pucat dan hati yang berat. Matanya yang lesu akibat malam tanpa tidur jelas menunjukkan keresahan yang menghantuinya. Setiap langkahnya menuju ke bilik mesyuarat terasa seperti langkah menuju hukuman. Dia tahu betapa pentingnya mesyuarat ini, dan lebih dari itu, dia tahu betapa Evelyn mementingkan kesempurnaan dalam setiap tugasan yang dilakukan di syarikat.

Zarra mengambil tempat duduknya di meja mesyuarat, mengeluh perlahan sambil melihat dokumen-dokumen lain yang disusun kemas di atas meja oleh rakan-rakan sekerjanya. Berbanding dengan dokumen-dokumen mereka, laporan yang dibawanya kelihatan seperti mimpi ngeri—lembaran kertas yang rosak akibat terkena tumpahan, dengan dakwat yang merebak dan beberapa halaman yang terkoyak. Tiada apa yang boleh diselamatkan.

Ketika Evelyn masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan langkah tegas, suasana menjadi senyap serta-merta. Setiap orang yang hadir memandang ke arah Zarra, seolah-olah dapat merasakan beban yang ditanggungnya. Zarra mengangkat kepala, cuba mengumpul kekuatan, tetapi pandangan matanya tidak dapat menyembunyikan ketakutan dan kebimbangan yang menghantuinya sejak semalam.

"Zarra, where's your report?" Evelyn menegur dengan nada tegas dan serius. Semua mata menoleh ke arahnya, menunggu jawapan daripada mulutnya sendiri.

Zarra menarik nafas panjang, tangannya mengeluarkan laporan yang sudah rosak dengan air kopi yang sudah mengering di atas kertas tersebut.

"I'm really sorry, Miss Evelyn. There was an accident last night, and my report got damaged. I know how important this report is. I hope you can give me another chance to prepare a new one. I assure you, it will be up to standard."

Suasana dalam bilik mesyuarat semakin tegang. Rakan sekerja Zarra mula berbisik di antara mereka, khuatir dengan keputusan yang bakal diambil oleh Evelyn, yang dikenali dengan sikap tiada toleransi dan kompromi terhadap kesalahan.

Namun, mengejutkan semua orang, Evelyn hanya memandang Zarra dengan mata yang penuh pertimbangan. Setelah beberapa saat, dia menghela nafas dan menghadiahkan senyuman nipis. "Zarra, it's not like you to make such a mistake. But I've seen your dedication and hard work. I believe this is an isolated incident."

Evelyn melangkah ke arah Zarra, meletakkan tangannya di bahu Zarra dengan lembut. "I can't afford to lose a good employee like you over a small mistake. I'll give you a chance to rectify this. Just make sure it's done properly. Next week bentang semula kepada saya. Okey?"

Dia kembali kepada tempat duduknya yang berada di hujung meja mesyuarat yang panjang dengan selesa sebelum memulakan sesi pembentangan mereka dengan tenang.

Zarra mengelus lembut dadanya apabila tiada sebarang perkara buruk terjadi pada pagi ini. Nampaknya nasib dia harini baik. Mungkin mood Evelyn juga baik pada hari ini.

"Damn, girl. Kau bernasib baik harini," bisik Rayyan yang berada di sebelah tempat duduk Zarra. Mereka boleh dikatakan rapat juga kerana personaliti Rayyan yang sedikit lembut dan banyak mulut memang masuk air dengan Zarra mahupun pekerja perempuan di situ.

"Itulah tu. Kalau tak memang harini last day kau nampak aku bekerja,"

"Tapi aku curious lah. Kenapa dia senang-senang itu lepaskan kau walaupun alasan kau boleh dikatakan remeh? Siap senyum pula tu. Kau dengan dia ada related apa-apa eh? Wow! Kuat betul cable kau, nyah!"

Zarra hanya tersenyum tanpa ingin membalas semula. Jangan kata dia. Dia pun terpinga-pinga dengan reaksi Evelyn yang cukup tenang. Ura-ura dahulu pernah mengatakan dia adalah seorang wanita yang tidak beremosi dan seringkali mencari kesalahan orang untuk kelihatan sempurna sentiasa. Tapi apa yang digempar-gempurkan tidak berlaku sekalipun.

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now