Bab 9

2.8K 195 20
                                    


LANGKAH Zarra membawanya menuju ke pintu lobi utama syarikat. Dia melangkah dengan penuh elegan, tidak sedikit pun tergugat oleh hiruk-pikuk suasana pagi yang mulai sibuk.

Namun, tanpa disedari Zarra, ada sepasang mata tajam yang mengawasi setiap gerak-gerinya. Pandangan yang tidak terlepas walau sesaat daripada bayangan anggun Zarra yang semakin menghampiri lobi. Di sebalik kegelapan tingkap kereta yang terparkir di ruang parkir eksklusif pengarah syarikat, mata itu terus memerhati dengan tekun.

Evelyn dengan wajah yang dingin, menyaksikan Zarra melangkah masuk ke dalam bangunan syarikat. Tangannya menggenggam stereng kereta dengan erat, seakan cuba menahan sesuatu yang sedang bergelora di dalam dirinya. Senyuman tipis yang menampakkan taring yang sedikit terkeluar daripada celahan bibir tidak dapat menutup perasaan sebenar yang sedang bersemayam di dalam hati.

"Tak apalah, Zarra kalau kau tak nak dekat Malik. Ada orang lain yang sedang memerhatikan dia dengan cara yang lebih menghargai,"



KEHADIRAN seseorang di pejabat menaikkan bulu roma Evelyn seketika. Perasan akan mata-mata yang mengerling ke arahnya dengan pandangan yang meragukan. Evelyn musykil tapi dia merasakan ada sesuatu yang tidak baik telah terjadi.

Evan muncul bersama Evlis yang melakukan kemunculan pertamanya di Malaysia setelah sekian lama, berdiri di hadapan pintu pejabat milik Evelyn dengan wajah yang kurang tafsir. Farah yang masih setia menunggu kedatangannya, meriak serba tidak kena.

Sudah beberapa hari dia tidak nampak kelibat Evan kerana ayahnya itu ada urusan keluarga di negara ibundanya. Baru harini dia dapat melihat wajah itu tapi agak pelik kenapa kedatangan Evan dan Evlis seperti membawa bersama dengan khabar berita tidak baik.

"Ayah, tak bagitahu Eve pun yang ayah dah balik Malaysia. Lil bro, sejak bila pandai jejak kaki ke sini?" kata Evelyn sekadar berbasa-basi.

"Eve, we need to talk something seriously," Evan masuk ke dalam perkarangan pejabat tanpa membalas sapaan anaknya. Wajah itu kelihatan marah dan Evelyn berkerut kecil, meminimaliskan emosi di riak wajah. Terus pandangan dihala ke arah adik lelakinya itu. Evlis mengangkat bahunya seraya mengikut langkah ayah mereka dari belakang.

Seraya itu dia memandang Farah. "Apa yang terjadi?"

"Ayah miss dah tahu tentang gossip yang hangat diperkatakan di syarikat ni," balas Farah perlahan, takut jika dia pula yang dijadikan tempat melempias marah.

"Gossip? Gossip apa?" Evelyn masih dengan riak wajah tenang meskipun jantungnya sudah berdegup laju.

Farah kelihatan ragu-ragu untuk bercakap lebih lanjut, seakan-akan bimbang akan menjadi sasaran kemarahan. Namun, tanpa menunggu jawapan lanjut dari Farah, Evelyn melangkah masuk ke pejabatnya dengan wajah serius, memutuskan untuk menuntut jawapan yang jelas.

"Apa terjadi?" soal Evelyn, ketegangan dalam suaranya jelas.

Evan melontarkan arahan dengan tegas dan penuh kuasa, "Search whose pheromones that is and married him immediately!"

Evelyn terkejut dan terdiam, tidak mampu memproses arahan yang diberikan. "Why?" Wajah mendatar menyerlahkan tanda tanya dalam diri Evelyn.

"Why? I'm the one who should ask you. Why people in this building said that you're a lesbian?!" Akhirnya, persoalan yang selama ini tersembunyi dalam fikiran Evelyn terungkap.

Jadi itulah bahan gossip yang sedang menjalar di syarikat tersebut.

"Mereka kata kamu selalu luangkan masa bersama dengan seorang pekerja wanita. Dan dalam tape cctv lif haritu, mereka nampak yang kamu berpelukan dan cium pekerja tu dengan ghairah! Apa benda ni, Eve?! Ayah nak penjelasan daripada mulut kamu sendiri. Feromon yang kamu bau itu sebenarnya milik siapa?!"

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now