DI sebalik pancaran cahaya matahari yang menyelinap masuk melalui tingkap-tingkap besar pejabat, terdapat keheningan yang ganjil, seolah-olah alam semesta sedang menahan nafasnya.Evelyn melangkah masuk ke pejabat seperti biasa, dengan anggun dan tenang. Hari itu tampak seperti hari-hari yang lain—tidak ada apa-apa yang istimewa. Semuanya berjalan seperti biasa; pekerja-pekerja sibuk dengan tugasan mereka, suasana pejabat yang sibuk dengan bunyi-bunyi papan kekunci dan suara-suara perbualan yang berlatar.
Namun, Evelyn merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Naluri menggerakkan langkahnya untuk melakukan tinjauan menyeluruh pada setiap department di pejabat. Dia memerhati dengan teliti, mencatat segala perubahan kecil yang mungkin memberi petunjuk tentang keadaan semasa pekerjanya.
Apabila dia sampai di department Zarra, langkah Evelyn terhenti seketika. Seperti ada yang berbeza pada hari itu. Dia berdiri di ambang pintu, memerhati sekeliling dengan teliti.
Evelyn menghela nafas perlahan, cuba menenangkan debaran yang tidak diundang. Dia sedar ada sesuatu yang hilang, sesuatu yang mengganggu harmoni rutin harian di department ini. Bau feromon Malik yang sentiasa melekat di Zarra tiada di deria hidung pada harini.
"Zarra tak datang hari ini?" Evelyn bertanya kepada seorang pekerja yang duduk di meja berhampiran. Pekerja itu mendongak, wajahnya agak terkejut melihat Evelyn yang tiba-tiba muncul.
"Err... ya, Miss Evelyn. Dia tak masuk hari ini. Dia ada cuti kecemasan," jawab pekerja itu dengan nada sedikit gugup.
Evelyn mengangguk, namun hatinya masih tertanya-tanya. Zarra jarang sekali mengambil cuti, apatah lagi tanpa sebab yang jelas.
Evelyn mengucapkan terima kasih kepada pekerja tersebut sebelum beredar dari situ. Namun, mindanya masih berputar ligat, menganalisis kemungkinan-kemungkinan yang berlaku. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena, dan perasaan tidak enak mulai menguasai diri.
Setibanya di bilik pejabatnya, dia segera duduk di kerusi kulit yang empuk. Dia mengambil telefon dari atas meja, jari-jarinya menari pantas di atas skrin, mencari sesuatu.
Seketika, dia terpaku. Matanya tertumpu pada satu maklumat yang tertera di skrin telefon, wajahnya serta-merta berubah daripada sedikit berkerut sebelum matanya terbeliak luas.
Dalam kejutan itu, tangan Evelyn terlepas cengkamannya pada telefon, menyebabkan ia jatuh di atas lantai. Evelyn menghela nafas panjang, berusaha mengawal getaran dalam hatinya yang mulai membuak.
Dengan gerakan yang perlahan, dia membongkok untuk mengambil kembali telefon yang terjatuh. Debu halus yang menempel pada skrin tak mengusik perhatiannya; jarinya langsung menari lagi, kali ini dengan tujuan yang lebih jelas.
Nombor yang dihubunginya ditekan punat untuk memanggil, dan hanya seketika menunggu sebelum panggilan disambut di hujung sana. Evelyn tidak membuang masa.
"Hai, selamat pagi. Ini Evelyn Skye dari Skye Corporation. Saya perlu bantuan polis dan pasukan medik segera di alamat rumah ini. Saya nak buat laporan penderaan rumah tangga yang serius," katanya dengan nada yang rata, tidak menggambarkan perasaan cemas atau gentar.
Selepas memberikan butiran yang diperlukan, Evelyn menamatkan panggilan. Tidak ada tanda-tanda emosi yang terpancar di wajahnya malah dia terus berjalan pergi tanpa meninggalkan sebarang pesanan pada Farah yang terpinga-pinga.
MALIK perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam bilik tidur Zarra setelah Zarra sudah benar-benar pergi ke pejabat. Dia tahu inilah satu-satunya masa yang dia ada untuk menjalankan rutin hariannya tanpa gangguan.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Sejuknya Luka
RomanceRAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu...