"YA ALLAH, anak bonda..." Raja Nurul Elina teresak-esak melihat sekujur tubuh anaknya sedang berbaring di atas katil hospital. Sarat dengan wayar-wayar yang berselirat, kepala berbalut kemas dan tubuh yang menunjukkan trauma lebam-lebam di badan.
"Kenapa, Zarra...? Kenapa Zarra sanggup buat macamni pada anak bonda...?" keluh Raja Nurul Elina kesal dengan sikap menantu yang disorokkan mereka selama ini. Patutlah kelakuan dan sikap Malik berubah mendadak ke pasif. Rupa-rupanya anaknya menjadi mangsa dera rumah tangga sendiri."Love, sudah... Anak kita akan okey. Bagi Malik rehat. Jangan menangis lagi. Kesian Malik kalau dengar bondanya menangis disebabkan dia," kata Raja Muhammad Idris Alim dengan suara yang tenang, meskipun hatinya turut berkecamuk dengan perasaan bimbang dan sedih.
Raja Nurul Elina mengangguk perlahan, cuba menguatkan semangatnya. "Abang, saya tak sangka disebabkan keputusan kita ni, Malik menderita. Sedihnya hati saya tengok Malik sakit macamni... Kita kena pastikan Zarra bertanggungjawab atas apa yang dia dah buat. Anak kita tak patut lalui semua ini," suaranya masih bergetar, tetapi kini ada nada tekad di dalamnya.
Raja Muhammad Idris Alim memandang isterinya dengan penuh rasa sayang. Dia menggenggam erat tangan Raja Nurul Elina, cuba memindahkan kekuatan yang ada padanya kepada isterinya.
"Aunty, uncle," Evelyn muncul di sebalik pintu wad hospital dan berjalan dengan wajah tenang. Dia mengukirkan senyuman nipis kepada kedua-dua orang tua dihadapannya.
"Evelyn!" Raja Nurul Elina memeluk tubuh wanita itu dengan erat.
"How's Malik?" Dia mengerling ke arah Malik yang sedang nyenyak ketiduran. Wajah itu tenang seperti tiada masalah menimpa; seperti ini adalah tidur yang paling lena lelaki ini pernah rasakan.
"Alhamdulillah, dia stabil. Cuma tunggu masa sahaja dia akan sedar," balas Raja Muhammad Idris Alim.
"Terima kasih sebab tolong Malik. Kalau bukan sebab Evelyn, aunty tak tahu apa nasib Malik selepas itu," ucap Raja Nurul Elina dengan sebak.
"It's not a big deal, aunty. Maafkan Evelyn juga kalau cara Evelyn tahu apa yang terjadi dalam rumah tangga Malik tu tak kena di pandangan orang. Evelyn terpaksa kumpul bukti macamtu kalau tidak orang macam Zarra akan memutar belitkan cerita dan terlepas daripada hukuman," balas Evelyn dengan pandangan yang ditunduk ke lantai.
Sampai sahaja dirumah Malik, dia terkedu melihat banjiran darah yang mengotori lantai bilik lelaki itu. Kelibat Zarra sudah hilang bersama barang-barang penting. Nasib pihak paramedik dan polis sudah tiba terlebih dahulu dan menyelamatkan keadaan sebelum dia sampai. Dan sempat Evelyn mengambil semula kamera kecil bertutup yang ditempatkan pada sesetengah celah tersorok.
Rupa-rupanya Evelyn meletakkan kamera kecil, senang untuk disorokkan di setiap bahagian rumah yang penting untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku. Saban hari selepas dia meletakkan kamera tersebut bermacam-macam perkara terjadi yang dia lihat. Ikutkan hati nak sahaja dia serbu ke rumah Malik dan Zarra kerana geram akan tindakan Zarra yang melampau, tetapi tiada apa yang dia boleh buat melainkan menunggu dengan sabar dan mengumpul bukti terlebih dahulu.
Raja Muhammad Idris Alim menyentuh bahu Evelyn bersama senyuman lega. "Cara apa kamu pakai uncle tak kesah, Eve. Asalkan keadilan boleh ditegakkan. Uncle tahu tak semua undang-undang akan faham dan tidak akan terima kes bahawa suami yang didera. Kemungkinan 20% sahaja pihak suami yang didera akan menang berbanding dengan pihak isteri yang memanipulasikan keadaan,"Dia turut kecewa dengan pilihan menantu mereka. Mereka sangkakan Zarra baik-baik sahaja dengan Malik meskipun pada mulanya cinta masih belum berputik lagi.
"Apa yang berlaku sampai Zarra sanggup cederakan Malik begitu sekali, Evelyn? Kamu ada tahu apa-apa ke selain daripada Malik jadi mangsa dera rumah tangga ini?" tanya Raja Nurul Elina, kedengaran seperti mendesaknya.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Sejuknya Luka
RomanceRAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu...