MESKIPUN wajahnya kelihatan letih dan tidak bermaya, Malik tahu di dalam hati isterinya, ada harapan yang masih bersisa. Mereka sudah pulang ke rumah atas kebenaran doktor. Rumah Evan dan Eva menjadi tempat mereka beradu seketika kerana Evelyn masih tidak mampu untuk menapak ke kediaman Raja dimana peristiwa pahit itu berlaku dan bermain di dalam fikiran.Dengan lembut, dia mengusap rambut panjang Evelyn yang terurai, berusaha memberikan sedikit ketenangan.
"Eve," katanya perlahan, suaranya lembut seperti bisikan. "Malik ada selalu dengan Eve di sini. Eve tak sendirian. Eve ada Malik. Mintalah apa-apa pada Malik, sayang. Insha Allah Malik akan tunaikan,"
Evelyn memalingkan wajahnya, tidak mahu bertemu pandang dengan Malik. Dalam hatinya, dia berasa hancur dan marah.
"I want my babies back," Tiada ayat lain selain daripada ini yang sering keluar daripada mulutnya.
Malik menarik nafas dalam-dalam, merenung wajah Evelyn yang masih tidak mahu menatapnya. Dalam detik sunyi itu, dia merasa seperti ada jurang yang dalam antara mereka, tetapi dia tidak akan membiarkan ia memisahkan mereka.
"Eve tak gembira ke anak-anak kita di syurga sedang bermain kejar-kejar sambil menunggu kita bersatu kembali?" soal Malik memberikan kata-kata sayu yang menyayat hati Evelyn mendengar.
"Stop guilt trip me, Malik... Kau bercakap macam aku ni tak ada perasaan simpati,"
Suasana di antara mereka berdua kembali disarang keheningan. Lantas Malik menukar tempat duduknya dengan duduk dibirai katil bahagian Evelyn.
Dia kemudian mengeluarkan sehelai kertas lain, yang dilukis dengan tangan — gambar satu keluarga berdiri di bawah pelangi.
"Tengok ni. Malik lukis ini untuk Eve! Ini kita berdua, Yusoff dan Ella, dan ni Ash... Maaflah, Malik pandai lukis orang lidi je. Tapi Malik harap Eve suka," ujarnya dengan semangat yang tidak pudar.
Namun, Evelyn hanya memberi tindak balas yang pasif dan dingin. Dia menatap gambar itu dengan mata yang kosong, tanpa menunjukkan sebarang reaksi. Suasana di antara mereka terasa berat, seperti ada kabus tebal yang menghalang cahaya masuk ke dalam hati.
"Malik tahu ini bukan masterpiece," Malik menyambung dengan nada yang sedikit merunduk, berusaha menembusi dinding yang menghalang antara mereka. "Tapi setiap garisan di sini ada makna. Ini adalah impian kita, sayang. Sebuah keluarga yang bersatu, berbahagia di bawah sinar pelangi. Setiap warna yang Malik gunakan di sini mewakili kasih sayang kita, dan betapa kita ingin melihat senyuman pada wajah-wajah itu."
Malik menunggu, berharap sedikit tanggapan positif dari Evelyn. Namun, dia hanya membisu, matanya masih tertumpu pada kertas tanpa menghiraukan kata-kata suaminya. Malik merasakan hatinya menyesak, tetapi dia tidak mahu putus asa.
"Kalau Eve rasa gambar ini tak cukup cantik," Malik terus bersuara dengan lembut, "Malik boleh buat yang lain. Mungkin gambar kita di tepi pantai, atau di taman bunga. Tak pun memori kita diijab kabul di masjid. Yang penting, kita semua bersama, melukis impian kita."
"Malik," panggil Evelyn perlahan. Seperti sebuah harapan yang mula menerangi jiwa Malik, Malik menegakkan badannya.
"Ya, sayang? Eve nak apa-apa ke?"
PANG!
Kepala Malik terteleng sedikit. Tidak sekuat seperti dia dapat daripada Zarra sebelum ni tapi berjaya menghakis kekuatan dalam dirinya setelah ditampar di pipi oleh Evelyn.
"Do I ever tell you that you annoy me?"
Malik menggenggam kertas itu dengan sedikit gemetar, merasakan ketegangan yang semakin menebal di udara. Dia berusaha menahan air mata yang ingin tumpah, bahawa dia perlu kuat untuk Evelyn.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Sejuknya Luka
RomanceRAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu...