BUSUR panjang yang diperbuat daripada kayu gaharu yang diukir halus dipegang dengan penuh yakin. Matanya tertumpu pada sasaran yang diletakkan di kejauhan. Sekilas, dia menarik nafas dalam, menenangkan diri sebelum melepaskan anak panah yang meluncur laju ke arah sasaran."Nice shot, Eve. Weird that you can shoot a target but not your soulmate's heart!" suara Evlis menyindirkan gurauan kasar dari sisi arena, menyambut tepatnya panahan Evelyn. Dia sendiri menunggang kuda dengan gaya yang lebih santai, busur tergantung di bahu sambil dia tersenyum kacak.
Evelyn tidak terasa dengan lawak Evlis, sekadar tersenyum senget, menarik satu lagi anak panah dari tabung dan memasangnya pada busur. Evlis menghentikan kudanya hanya beberapa meter dari kakaknya.
"Sampai bila nak acah-acah fokus ni? Kita dah lama tak sembang santai, Eve. Apa cerita dengan lelaki pilihan hidung kau tu?" Evlis bersuara, nada sindiran jelas kedengaran.
Evelyn melepaskan satu lagi panah yang hampir tepat mengenai pusat sasaran. Fokusnya terganggu saat mendengar soalan Evlis itu sebelum menjawab, "Shit, kau cakap macam aku ni anjing pula bila dengar. Jangan sampai mata anak panah ni melekat kat dahi kau. You know I can shoot a perfect target especially when it can moves,"
Evlis tergelak besar, suaranya penuh dengan nada nakal. "Hahahaha. Kita memang ada darah keturunan anjing kan. Sebabtu senang nak cari jodoh ni. Tengok aku. Dah bahagia anak 2,"
Evelyn menoleh ke arah adiknya bersama raut wajah yang merundum hiba. "Lis, untuk situasi keluarga Skye ni, apa guna bertaqwa kepada takdir kalau darah ni semua dah membawa kita kepada jawapan? Jodoh itu rahsia tuhan ada sebabnya kan?"
Evlis tersentak dengan persoalan makan dalam Evelyn. Dia pun bukannya seorang yang mendalami bab agama. Hanya fardhu ain sahaja yang dia sering amalkan. Fardhu kifayah hanya tutup sebelah mata sahaja. Seperti Evelyn, dia seorang yang mempraktikkan agama tapi bukan di depan khalayak. Mungkin sebab itu mereka sering dipandang sebagai seorang yang bebas bersosial seperti orang luar negara.
"Deep sangat topik yang kau nak bualkan ni, Eve. Hm... Apa yang aku boleh cakap yang jodoh ni adalah sesuatu yang berbentuk pengajaran dalam ujian. Anggap jelah kita ni favourite's God sebab ditakdirkan untuk mengetahui siapa pasangan hidup kekal kita sendiri. Macam kes Malik dan manusia normal di luar sana, Allah nak manusia sendiri bergantung harap padaNya. Malik pun tak pasti saat bila yang dia dan isterinya akan sekufu dan mampu menerimanya. Dan benda tulah akan menentukan sama ada dia boleh fight untuk hubungan mereka atau dia melepaskan dan mencuba bersama orang lain dengan pengajaran baru berdasarkan permohonan doa kepada Allah,"
Evelyn menarik nafas panjang, menyimpan busurnya sebelum menjawab dengan nada yang lebih serius. "Misteri kepada takdir aku sekarang adalah sama ada aku akan dapatkan Malik secara keseluruhan atau aku terpaksa berkongsi Malik dengan Zarra? Ew, you know that I don't like to share what's mine,"
Evlis mengangkat kening, tersenyum sinis melihat kakaknya yang biasanya tenang kini mula menunjukkan sisi cemburunya. "Awh, Eve is talking about her obsession towards man. Feel gross when it's coming straight from her own mouth,"
Evelyn tersenyum senget lagi, memandang jauh ke arah sasaran yang kini seolah-olah tidak lagi menarik perhatiannya. "Lis, aku ni bukannya baik sangat pun. Kau tahu kan aku boleh buat apa? Jangan peliklah satu hari nanti aku akan buat lebih daripada sepatutnya,"
Evlis mengetap bibir, cuba memahami dilema yang sedang melanda kakaknya. "Ya, ego kau tu boleh mengalahkan ego seorang lelaki jahil. Sebabtu family yang lain panggil kau Lady of Shadows. Tapi aku tak nak kau susahkan hati ibu dan ayah. Ini Malaysia, ada undang-undang syariah dan sivil. Kau nak buat sesuatu fikir dulu,"
Sekali lagi adik beradik ini diam dan menikmati matahari yang kian tenggelam. "Hey, I wonder why Zarra doesn't like Malik. Mind to share, sis?" soal Evlis ingin tahu.
YOU ARE READING
Sehangat Cinta Sejuknya Luka
Roman d'amourRAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu...