Bab 25

3.2K 236 34
                                    


     PAP!

Tamparan yang hinggap di pipinya seperti hanya hembusan angin—tidak meninggalkan kesan emosi mahupun rasa sakit yang mendalam. Sebaliknya, dia hanya memandang ibunya dengan wajah selamba.

"Evelyn, apa kamu nak jelaskan sekarang?! Ibu nak dengar dari mulut kamu sendiri!" Suara Eva bergetar, jelas tidak mampu menyembunyikan rasa malu yang menyesakkan dada. Wajahnya merah padam menahan marah, namun Evelyn hanya menghela nafas pendek, sambil mengelus pipinya yang masih terasa hangat dari tamparan tadi.

Evelyn tersenyum kecil—senyuman tipis yang sukar ditafsirkan maksudnya, mencerminkan jiwa yang seakan sudah kebal daripada pertuduhan yang dilemparkan. "Ibu, ini semua salah faham. Kami tak buat apa yang dituduh," katanya dengan nada yang tenang, seperti peristiwa besar yang menghempap dirinya hanyalah sesuatu yang remeh.

Sementara itu, Malik di sebelahnya masih kelihatan cemas, pandangannya tidak mampu beralih dari wajah Evelyn. Hatinya terbelah antara rasa bersalah dan kebingungan. Bagaimana dia boleh terperangkap dalam situasi seperti ini? Dia memandang Evelyn, namun wanita itu tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh membantu memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku di dalam fikirannya.

Sejak dia terjaga dari tidur, terkejut bukan main kepalang saat melihat Evelyn yang ketiduran di sisi katil sebelahnya dengan hanya berpakaian dalam sahaja. Sejurus itu, mendapat lawatan daripada JAIS yang sudah berada di hadapan pintu rumahnya.

"Evlis Skye?!" Eva mencari wajah anak lelakinya. Evlis seraya mengangkat bahu pantas; tidak tahu menahu tentang perkara ni.

"Lis baru je nak naik rumah semula tiba-tiba pakcik-pakcik JAIS ni dah tercongok depan pintu. Why attack me?!" Evlis mendepakan tangan dengan riak terkejut.

Eva segera menarik Evelyn jauh daripada keramaian di ruang tamu dan masuk ke salah satu bilik tidur yang ada sebelum mengunci pintu untuk keselamatan.

"Eve, ibu dah agak benda macamni pasti akan berlaku! Ibu tahu ini semua rancangan kamu. Tapi ibu tak sangka yang kamu tergamak buat macamni pada kami! Mana ibu dan ayah nak letak muka?!" Apa yang dia fikirkan selama ni adalah benar. Nalurinya tidak pernah salah. Evelyn adalah mastermind yang tak tersangka.

"Apa yang ibu cakap ni? Eve tak fahamlah," Eve menafi perlahan. Dia menunduk memandang lantai sambil memeluk tubuh yang terdedah dengan hanya bersinglet.

"Jujur dengan ibu kan senang? Benda dah terjadi pun. Kalau kamu sendiri yang perangkap Malik, atas sebab apa?"

Evelyn mengangkat bahu perlahan. "Ibu... Eve tak tahu apa lagi nak cakap. Tapi percayalah, Eve takkan buat sesuatu yang memalukan keluarga kita."

Sebenarnya, di dalam hatinya, Evelyn ketawa sinis. Ini semua sudah dirancang rapi—satu perancangan halus yang akan menjerat semua orang, termasuk dirinya sendiri, dalam satu permainan yang hanya dia tahu bagaimana akhirnya. Tangkap basah ini bukanlah suatu kebetulan, bukan juga hasil daripada perbuatan yang terlepas kawalan. Tidak, Evelyn tahu apa yang dia buat. Dia sudah lama merancang semua ini.

"Then how did you end up sleeping on the same bed as Malik with just inner clothes on?!" Eva meledak lagi, memotong suasana senyap yang mendadak muncul. Wajahnya hampir kehilangan warna, lebih diliputi rasa malu dan kecewa daripada sekadar amarah.

"Itu..." Evelyn terhenti kata.


  
          SELEPAS beredar meninggalkan Malik sendirian, dia hampir tumbang entah kenapa dengan kepala berdenyut hebat. Tersandar ke dinding agar tidak terus terjelupuk ke lantai.

"Oh shoot..." gumam Evelyn sambil membuka penutup botol ubatnya. Dia mengambil satu biji dah kemudian menelan tanpa menggunakan air yang perlu mengalir di tekak.

Sehangat Cinta Sejuknya LukaWhere stories live. Discover now