61 | Kejam Tapi Adil

789 62 1
                                        

Sebagai seorang pekerja dan pembantu yang bertanggungjawab Kyren sering di ajar untuk menjadi seorang staf yang berdisiplin serta cekap

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Sebagai seorang pekerja dan pembantu yang bertanggungjawab Kyren sering di ajar untuk menjadi seorang staf yang berdisiplin serta cekap. Sejak berusia 19 tahun sehingga la 35 tahun dia belajar banyak perkara tentang ragam manusia. Dari yang kaya hingga yang papa kedana. Dia dah hafal. Sampaikan di satu tahap dia boleh mengenali seseorang itu hanya dengan melihat wajah sahaja.

Awalnya dia syukur sebab ada kebolehan yang boleh buatkan dia peka terhadap sekeliling terutama sekali terhadap orang yang berdekatan dengan Zane. Paling dia sensitif. Sebab Tuan Samsoong telah amanahkan dia untuk melindungi Zane. Maka itu yang dia lakukan.

Selalunya persepsi dia selalu tepat dan tiada salahnya. Sama ada hanya sipi-sipi atau memang tepat. Tidak pernah dia silap buat penilaian. Dari bekas-bekas mistress Zane, mereka yang biasanya dekati Zane semata hendak ambil kesempatan ke atas Zane dan ahli kaum kerabat keluarga Zane. Semuanya telah diketahui oleh Kyren.

Termasuk dengan isteri tuannya ini.

Pada kali pertama dia bertemu dengan Astrid, hatinya sudah berasa tidak suka. Tanpa sebab. Sebab pada masa pertemuan itu, Astrid diperkenalkan ke Zane oleh Tuan Hayes pada malam ulang tahun kelahiran Tuan Samsoong yang ke 65 tahun. Dia hanya perhatikan dari jauh aje boleh dapat rasakan aura negatif dari wanita itu walaupun rupa paras Astrid sangat rupawan.

Tak sangka pula bahawa firasatnya tepat.

Memang tidak dinafikan Astrid seorang wanita yang jelita dan anggun. Namun, jangan menilai seseorang tu berdasarkan luaran semata. Sebab Kyren sendiri terkejut selepas mendapat tahu tujuan sebenar Astrid bersetuju untuk di kahwinkan bersama Zane. Perkahwinan paksa ini semua adalah rancangan Tuan Hayes. Beliau  ingin mengawal Zane menggunakan Astrid. Dengan harapan sekiranya Zane jatuh cinta pada Astrid maka Tuan Hayes boleh buatkan Zane tunduk padanya.

Masalahnya sekarang Tuan Hayes dan Astrid salah pilih target untuk dijadikan boneka mereka.

Zane ni bukan seorang yang mudah dipergunakan. Apatah lagi di perbodohkan. Mana mungkin la trik kebudak-budakan mereka tu berkesan pada Zane. Malah hanya memburukkan lagi keadaan ada la.

Sebagai contohnya macam apa yang berlaku sekarang,

                     "Did you lost your mind?"menjegil bulat mata Astrid dibuatnya selepas dengar apa yang baru disampaikan oleh peguam Zane sebentar tadi." Zane, awak serius nak file kan cerai ke atas saya?"

Peguam Zane, Encik Thariq di kanan Zane meletakkan fail ke atas meja di depan Astrid tanpa berlengah.

                     "Puan hanya perlu tandatangan dokumen ini. Kerana semua butiran telahpun dilengkapkan."

Kembang kuncup hidung Astrid saat dia melirik akan kertas penceraian di atas meja itu. Kedua belah tangan yang berada di atas arm rest sofa berkepal erat menahan sabar. Berasa seakan di perlekehkan pun ada bila Zane sanggup ceraikan dirinya begitu saja!

55. His Favorite Mistress Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang