Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Pintu dikuak ke dalam sebelum Dihya intai di balik celah untuk memastikan Zane berada di dalam bilik study tersebut. Dan seperti di duga lelaki itu sedang termenung menghadap jendela. Sejak siang tadi selepas Zane mengamuk pada Sarah,lelaki itu banyak mendiamkan diri dan berkurung dalam bilik tersebut.
Biasanya kalau Zane berkurung begini, adalah yang Zane fikirkan. Disebabkan Dihya sudah faham perangai Zane, dia ambil keputusan untuk dapatkan Zane walaupun dia tahu dirinya mungkin akan dimarahi.
Tanpa bersuara, Dihya atur langkahnya. Dia mendekati Zane yang sedang berdiri membelakangkan pintu masuk. Setibanya di belakang Zane, jarinya mencucuk perlahan lengan yang sedang bersilang pada dada itu.
Lamunannya mati. Perlahan-lahan Zane pun menoleh ke bahu kanan. Sentuhan itu mematikan menungnya. Lalu dia menurunkan tangan ke bawah semasa menghadapkan badan ke Dihya.
"Ada apa?"keningnya sedikit berkerut.
Dihya menarik senyuman nipis. Lega kerana reaksi tenang Zane itu. "Ikut saya keluar sekejap."jarinya menuding ke balik bahu.
Untuk beberapa saat Zane diam dan hanya merenung raut wajah Dihya. Terus teringat dia akan kejadian siang tadi. Dimana dia cuba menyakiti Sarah tetapi Dihya menghalang tindakannya. Terasa tercabar pun ada egonya saat itu. Tetapi berjaya jugak dia kawal diri dari meninggikan suara pada Dihya. Hal tersebut membuatkan Zane berasa serba salah pada Dihya dalam diam bila teringatkannya.
"Nak ke mana..."
"Tuan akan tahu lepas keluar nanti."Dihya menarik Zane sama semasa dia berjalan keluar dari bilik study Zane.
Mereka bergerak ke arah dapur. Apabila Zane sampai di situ, dia melihat kaunter island di situ telah tersusun dengan gelas, beberapa jenis botol kaca pelbagai saiz serta peralatan yang biasa di lihat dalam bar.
"Tadaa..."tunjuk Dihya pada set up yang dia sediakan sebelum memanggil Zane tadi.
"Apa semua ni?"bingung Zane di situ.
"Mini bar..."Dihya pimpin Zane ke bangku kaki panjang depan kaunter agar lelaki itu duduk."Hari ni saya akan jadi barista tuan..."tapi kelengkapan dia tak sempurna kerana banyak yang dia tak dapat sediakan kerana sumbernya terhad. Jadi dia gunakan apa yang ada aje.
Mini bar?Zane melepaskan dengusan lucu sebelum melirik setiap botol yang tersusun di situ. Rasanya di dalam rumahnya ini tiada alkohol apalagi minuman yang seiring dengannya. Dan dia melarang Kyren untuk menyediakannya walaupun Dihya yang minta.
"99plus?sunkick?Flanta?"sebutnya membelek setiap botol kaca dan tin minuman di situ. Kebanyakannya adalah minuman berkarbonat dan kordial semata. Zane pandang lucu akan Dihya yang sudah mengenakan apron serta menyanggul rambut serupa seperti barista.