Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Zane menarik sengih meleret sinis tatkala melihat reaksi bingung di wajah cantik milik Dihya. Semakin ditatap semakin bergebu rasa mahunya pada Dihya.
Memangnya Dihya fikir gadis ini akan lepas dari dia macam tu aje ke? Ya, tak mungkin la! Sampai bila-bila dia tak akan biarkan Dihya berpisah dengan dia. Sekalipun dia terpaksa penjarakan Dihya, akan dia lakukan sekiranya itu dapat buatkan Dihya tidak meninggalkan dia. Untuk itu, dia perlukan alasan yang kukuh untuk mengikat Dihya buat selamanya.
Selama berhari-hari lamanya dia sibuk menguruskan urusan mahkamah untuk penceraiannya. Sampaikan tiada masa dan kurang bersama dengan Dihya. Siang dan malamnya hanya diisi dengan hal kerja dan proceedings mahkamah.
Semua itu kerana satu perkara. Cepat dia bercerai dengan Astrid, secepat mungkin dia dapat berkahwin!
"I want you to be my wife Dihya."aju Zane perlahan-lahan mendekat ke wajah tercengang Dihya." I want you to be mine. I want you are the one at my side day and night."dengan lembut bibir Dihya di pagut.
Kelu tidak terkata, Dihya membuntang mata disaat Zane mengucupnya. Nafas tertahan tanpa sedar. Ucapan Zane itu seakan angin lalu yang menyapa lembut segenap tubuhnya.
Isteri? Dihya kejung di situ dengan mata kaku tertancap pada Zane.
"I will make you the most happiest woman in the world. So marry me." tambah Zane lagi saat berbisik di depan bibir Dihya dengan dahinya bersandar pada dahi Dihya.
Seakan sedang bermimpi, Dihya benar-benar terkedu kerananya. Mana boleh tiba-tiba aje melamar dia dalam keadaan tak bersedia macam ni! Zane sengaja ke apa ni? Pada masa dia minta terminate contract mereka, pada masa itu juga Zane beritahu semua ni?
Air mata mula bergenangan di kelopak mata dek berasa terlalu sebak dan tersentuh dengan lamaran mengejut dari Zane itu. Bibir Dihya menggeletar menahan diri dari meraung di situ.
"Maafkan saya...." Dihya menolak Zane menjauh darinya. "Saya tak boleh."
Zane bungkam.
Bersama linangan air mata turun ke pipi, Dihya pandang sebak ke tatapan kecewa Zane.
Semua ini terlalu tiba-tiba. Dan dia tidak tahu hendak beri jawapan apa pada Zane. Memang benar dia mencintai Zane, tapi dia juga sedar dirinya siapa. Hendak dibandingkan siapa Zane, lelaki ini mempunyai nama dan imej yang berpengaruh. Ramai orang pandang tinggi pada Zane. Jika dia menjadi pasangan Zane, maka nama dan imej Zane bakal tercemar. Dia enggan menyusahkan hidup Zane untuk seseorang seperti dirinya ini. Lelaki ini terlalu sempurna untuk dirinya yang bukan sesiapa-siapa ini.
"Maafkan saya tuan. Saya tak boleh terima lamaran ni. Dan saya taknak tuan bercerai kerana perempuan simpanan seperti saya ni...."sedu Dihya dengan kuat. Air mata makin deras membasahi wajahnya.
"Tapi kamu cintakan saya Dihya."ujar Zane dengan nada terkilan.
"Ya. Memang saya cintakan tuan. Tapi tu tak bermakna tuan perlu kahwini saya selepas menceraikan isteri tuan. Ianya kejam tuan tahu? Sepatutnya saya yang pergi dari hidup tuan bukan tuan buang isteri tuan macam tu aje..."