66 | Bukan Minta Restu Tapi Beritahu

860 39 0
                                        

CLINK

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

CLINK.

Mangkuk berisi sisa bubur diserahkan kepada jururawat bertugas oleh Zane sebelum dia tunduk memberikan gelas berisi air kosong kepada datuknya. Dengan berhati-hati dia menadah tangan bawah gelas tersebut sewaktu Tuan Samsoong menegur minuman itu.

                     Sesuai minum Tuan Samsoong mengesat mulut dengan hujung lengan baju pesakitnya. Enggan susah payah tunggu tisu atau napkin, dia tak sabar. Semakin berusia ni, semakin menipis dinding kesabarannya. "Atuk dengar kamu dengan Astrid dah bercerai. Betul ke?"

Zane meletakkan gelas kosong atas dulang yang sama sebelum jururawat bertugas itu berjalan ke arah pintu dan keluar dari situ. Lantas Zane kembali memandang datuknya. Tatapan dingin terarah pada wajah tua yang mengenakan tiub oksigen di kedua belah lubang hidung.

Tiga hari yang lepas Tuan Samsoong baru sahaja selesai membuat pembedahan untuk saluran pernafasan beliau. Dengan jayanya pembedahan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi. Sekarang datuk Zane hanya perlukan masa untuk sembuh dari pembedahan sahaja.

Disebabkan datuk Zane tidak menyukai sesiapa melawatnya selain Zane, maka Zane la yang kena keluar masuk hospital setiap hari melawatnya.

                      "Berapa kali nak saya pesan pada tuan supaya fikirkan tentang urusan sendiri?Kenapa nak susahkan diri fikirkan masalah orang lain?"ujar Zane merenung tepat ke wajah tua Tuan Samsoong. Kalau ikut hasadnya, dia takkan ambil peduli atau kisah tentang datuk belah ayahnya. Namun apabila Zane teringat akan mendiang datuknya, hatinya tak dapat dikawal dari untuk ambil berat dan kisah dengan datuknya yang satu ini. Hanya Zane terbayang, agaknya jika datuk belah ibunya masih ada, dia mungkin tidak akan menjadi seorang manusia yang heartless seperti sekarang.

Sama seperti reaksi Zane, Tuan Samsoong turut memandang dingin akan tatapan itu. Kalau orang lain mungkin akan rasa tergugat dengan kehadiran Zane. Namun bukan pada orang tua sepertinya. Bagi beliau, Zane ini hanya seorang anak kecil yang suka memberontak.

                      "Urusan kamu adalah urusan saya jugak, Zane."

                     Sebenci macam mana dia terhadap ayahnya sendiri, Zane tak dapat nak nafikan bahawa dia perlukan datuknya ini buat jangka masa yang panjang. Bukan kerana nak jaga kepentingan diri, tapi hanya kerana jika datuknya ini juga meninggalkan dirinya di dunia, siapa lagi dia boleh tumpang kasih? "Just mind about your own self."Zane membetulkan selimut di kaki Tuan Samsoong sambil tu. "Tak sedar diri tu pun sakit-sakit, sibuk nak jaga urusan orang."

                      Tuan Samsoong berdengus kecil. Hujung bibir terjungkit sinis sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata tidak sopan itu. Zane selalu macam ni. Berlagak macam kuat aje. "Kamu sedar tak kalau kamu bercerai dengan Astrid itu bermakna Hayes takkan biarkan hidup kamu mudah selepas ni..."

Zane hanya mendiam.

                      "Saya tak boleh pertahankan kamu sepanjang masa sebab ianya akan rendahkan kredibiliti kamu di khalayak umum . Tapi saya jugak tak boleh lindungi kamu kalau kamu tak dapat berikan kerjasama...."tambah Tuan Samsoong lagi.

55. His Favorite Mistress Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang