Kami telah mengemas kini Garis Panduan Kandungan kami.
Semak garis panduan terkini untuk terus berkongsi cerita dengan selamat.

67 | Clingy Into You

1.4K 51 3
                                        

*ADULT CONTENT**FILTER VERSION*

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

*ADULT CONTENT*
*FILTER VERSION*






Dibelek kesan lebam disekitar leher dan dadanya semasa Dihya berdiri di hadapan cermin seusai mandi tadi. Wap hangat dari air mandi hangat masih tersisa di sekitar cermin kaca semasa Dihya menilik keadaan dirinya.

Kalau sikit tu tak apa la jugak!

Itulah, masa dia merungut Zane tidak luangkan masa bersamanya, dia jugak yang susah hati. Namun semenjak lamaran beberapa minggu yang lalu, sikap Zane berubah. Lelaki itu banyak menghabiskan masa dirumah. Melakukan kerja juga di rumah. Kalau ada meeting pun secara online. Kalau Keluar pun tak lama. Sejam dua lepas tu dah balik.

Bukan nak merungut kalau Zane berada di rumah lebih kerap. Masalahnya sekarang dia yang jadi mangsanya. Kalau sekali tak apa la jugak. Ini hampir beberapa kali dalam sehari dua tu. Siapa aje yang tahan!

Ini pun kesan yang sebelum ni pun tak sempat hilang, tambah yang baru. Mujur la dia tak keluar rumah. Kalau dia keluar rumah, mahunya tak malu kalau dipandang orang!

Kalau begini la ceritanya, dia sanggup ditinggalkan oleh Zane outstation dari terperuk di dalam rumah sepanjang hari dengan lelaki itu!

Dihya tutup pintu bilik air sewaktu suara dalam itu menegur.

                      "Lama betul dalam bilik air tu?Berendam ke apa?"

Melompat terkejut Dihya di depan katil apabila suara itu menegur dirinya. Bila dia palingkan kepala ke katil, dia melihat Zane sedang duduk melunjur dengan laptop dan helaian kertas di tangan.

Secara instinct, tangan dia naik memegang erat tuala yang membalut badannya ketika itu. Baru aje fikir pasal orang ni, dah tercegat depan mata.

Hish! Buat dia lemah semangat tau kalau lama-lama macam ni! Suka sangat munculkan diri tiba-tiba.

                     "Mana ada lama. Bila tuan balik? Saya ingatkan tuan takkan balik sebelum pukul 4 petang?"

                     "Dekat 20 minit tadi. Kerja settle awal. Balik la awal..." Zane menaip laju atas keyboard laptop di riba sambil tu. "Ingatkan kamu pengsan ke apa tadi dalam bilik air, sikit aje masa lagi saya masuk ke dalam tadi."

Tanpa berlengah Dihya dekati almari pakaian. Mengeluarkan set pakaian baru untuk dipakai. Risau pulak dia lelama tidak berbaju begini. Datang angin Zane yang tiba-tiba tu, mahunya dia jadi korban!

                     "Awal lagi ni, ke tuan nak makan malam awal?"

                     "No. It's okay. Lagipun ada something yang saya nak discuss dengan kamu..."

Dihya lekas-lekas mengenakan pakaian. Seusai itu dia gerak ke katil. Mengambil tempat di sebelah Zane yang sedang melunjur tanpa sempat mengeringkan rambutnya.

55. His Favorite Mistress Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang