Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Terkejut, tapi boleh diduga. Dia nak marah apalagi sakit hati bukan tempat dia untuk berasa begitu. Sebab dia hanya mistress Zane. Jadi tak hairan la kenapa isteri Zane nekad lakukan semua ni.
Tapi tak bermakna dia tak sedih dengan apa yang terjadi.
Dihya menarik nafas dengan dalam sebelum dihela panjang untuk menghilangkan rasa sebu di dada. Dia tak boleh nak fikir tentang perasaannya saja. Selain dia, pasti ada yang lebih susah hati darinya sendiri.
Pasti apa yang berlaku ni turut menganggu fikiran Zane. Harap-harap Zane dapat tidur dengan lena. Bukannya dia tak tahu masalah insomia Zane ni. Lelaki ni susah sangat nak tidur. Kalau tidur pun mesti mengigau sebab mimpi buruk. Lepas tu tak dapat tidur semula. Itu yang Dihya tahu sekiranya lelaki itu tidur bersamanya.
"Tuan baik-baik saja kan?"tanya Dihya dengan senyuman nipis di bibir sewaktu meneliti raut wajah itu. Pasti Zane tidak berehat. Tengok mata aje pun dah boleh tahu. Kuyu dan merah. Kehadirannya dalam hidup Zane banyak membebankan lelaki ini dari menyenangkan, malu betul rasanya. "Tuan tak naik angin macam selalu kan?"tanya dia bernada gurau.
Pada masa inilah Zane tertunduk sambil membawa tapak tangan Dihya ke pipinya untuk di tekap padanya. Perasaan hiba menghurung dada.
Pertanyaan Dihya itu mematahkan perasaannya. Kerana perkara pertama yang Dihya ingat selepas sedar dari koma adalah soal kebajikannya terlebih dahulu sedangkan gadis ini sendiri baru sahaja lepas di ambang maut. Nampak sangat di dalam fikiran Dihya hanya ada dia saja. Semua itu kerana dirinya juga. Itu membuatkan Zane tidak dapat lagi membendung rasa sebaknya.
Seumur hidupnya dia tidak pernah menanggisi sesiapa kecuali pada ibu dan datuknya saja. Malah sejak dua insan itu meninggal dunia dia tidak pernah lagi berasa begini. Menyayangi apatah lagi mencintai sesiapa, tak pernah dia rasai. Sebab dia dah serik nak rasa sakit yang sama bila ditinggalkan dengan orang tersayang.
Dan buat pertama kalinya selepas bertahun lama, akhirnya perasaan itu muncul semula.
Sakit sebenarnya bila dah mula sayang pada seseorang ni!
"Tak. Saya tunggu kamu." perlahan-lahan air mata mengalir di hujung hidung Zane ketika lelaki itu tunduk memegang tangan Dihya dekat pada pipinya. Bahu itu ikut terhenjut-henjut. Dia sedih. Yalah, kenapa setiap kali dia baru aje nak rasa bahagia, ada saja yang merosakkan kebahagiaan dia tu? Dosa apa dia buat pada orang lain sehingga dirinya dihukum begini? Dia tak mintak lebih pun dari sesiapa. Apa yang dia mahukan hanya rasa tenang dan bahagia aje. Takkan itupun tak boleh?Berat sangat ke permintaan dia ini?"Saya tak mengamuk atau marah.Saya tunggu."sebak suara itu kedengaran.
Kyren menyaksikan situasi tersebut. Belakang badan Zane yang bergoncang itu dipandang dengan tatapan kosong.
Sepertinya tuannya benar-benar sudah jatuh cinta dan menyanyangi mistress bernama Dihya Maelani ini. Kerana ini pertama kali dia melihat keadaan Zane menangis dan begitu devastated begini. Agaknya kalau boleh dilihat pasti sudah beretak seribu hati itu. Kalau sudah begini ceritanya, puan dia benar-benar dalam masalah besar nanti.