Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Untuk kesekian kali hela nafas panjang lepas di bibir dengan letih.
Dah dua hari dia sedar dari koma tapi badan dia masih jugak belum kembali kepada sedia kala. Tak kepalanya. Rasa macam kena pasung pun ada kaki ni setiap kali nak berjalan. Berat aje semuanya.
Pili paip dimatikan sebelum Dihya melangkah keluar dari tandas seusai mandi. Zane ada temankan sekejap namun minta diri tidak lama kemudian sebelum keluar tadi kerana mahu dapatkan sarapan untuk dia.
Mulanya ada la jugak Dihya bertanya, kenapa Zane enggan mengarahkan bodyguard atau Kyren untuk dapatkan makanan seperti biasa. Sekali, Zane beritahu yang Zane tak percayakan sesiapa lagi untuk sediakan makanan atau bekalkan makanan untuk mereka terutama sekali buat Dihya.
Zane kata lagi yang Dihya hampir mati pun kerana ada yang meracuni makanan yang disediakan untuk Dihya. Maka Zane tidak akan membiarkan sesiapa menguruskan hal Dihya kecuali dirinya sendiri. Itu yang Zane sanggup keluar dan lakukannya sendiri. Masalahnya sekarang, yang hampir matinya dia, tapi yang traumanya Zane.
Kalau boleh Dihya enggan bersendirian bila berada di luar begini. Tapi tiada apa-apa yang dia boleh lakukan memandangkan Zane sendiri seorang yang sibuk. Terpaksa la tabahkan diri untuk bersendirian sedangkan dalam kepala dah terbayang kalau-kalau isteri Zane datang serang dia ke apa ke kan masa ketiadaan Zane... siapa tau.
At least kalau ada Zane, boleh la Zane back up atau halang isteri lelaki tu dari serang dia. Sebab Dihya masih berasa tidak yakin walaupun ada bodyguard yang jaga. Semahunya dia nak Zane yang berada di samping dia.
Keluar sahaja dari bilik air, Dihya atur langkahnya ke arah katil. Namun baru beberapa langkah dia melewati pintu, ketika itu pintu terbuka.
CLICK!
Tersentak mendengar pintu tertutup, Dihya pantas mengangkat kepala. Dia memandang ke arah pintu. Beranggapan Zane sudahpun kembali sedangkan lelaki itu baru sahaja keluar beberapa minit yang lalu.
Tanpa diduga pandang sahaja ke arah pintu dia melihat bukan Zane tetapi sebaliknya seseorang yang berpakaian mencurigakan.
Sekilas pandang ingatkan isteri Zane, sekali bila Dihya double take baru dia tahu orang yang sedang berjalan masuk ke dalam biliknya itu.
"Cik Sarah?"
"Zane pergi mana?"tanya Sarah yang lekas-lekas mendekati Dihya.
Eh-eh...ada apa ni? Ekoran berasa awas, Dihya secara refleks turut mengundur ke belakang hendak menjauhkan diri. "Tuan keluar beli makanan. Tapi apa yang cik buat kat sini?" matanya naik turun memerhatikan langkah lekas Sarah.
"Dengar, aku tak ada banyak masa nak buang. So aku nak kau kena dengar apa yang aku cakap ni betul-betul."berdiri sahaja di depan Dihya, Sarah mencengkam kedua belah tepi lengan Dihya agar Dihya berhenti menjauhkan diri darinya.