Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Mencebik sedih Sarah mendengar ucapan sadis itu. Air mata terus menerus mengalir turun. Seluruh tubuhnya berasa panas dan menggigil. Memang la. Tapi itu dulu. Bukan sekarang. Sebab sekarang dia sedar bahawa selain Zane, dia ada seseorang yang lebih menjaga dia dari Zane sendiri. Kalau bukan Lee yang sedarkan diri dia, tak mungkin dia akan berada di sini!
"Kan aku minta maaf....aku mengaku aku salah. Zane jangan bu-"
"Kau tahu, aku menyesal! Aku menyesal tolong dan selamatkan kau! Patutnya aku biarkan kau mereput dekat jalan tu!"ujar Zane dengan sengih mengejeknya." Tak ayah, tak engkau, tak Astrid. Kau orang semua sama aje. Membebankan!"
Menahan nafas kuat Dihya dengan ucapan Zane itu. Entah kenapa dia ikut tersentak dengannya walaupun Zane tak maksudkannya kepada dia. Tapi dia pun jadi punca kenapa Astrid dan Sarah terlibat dalam masalah mereka ni. Sepatutnya yang disalahkan adalah dirinya. Sebab dia adalah orang asing dan orang ketiga yang telah membelah retak hubungan Zane dengan mereka.
"Tuan!" Dihya berpaling memandang ke arah Sarah serta merta. Namun belum sempat dia hendak bersuara....
"Apa kau cakap?"tanya Sarah dengan mata berkaca. Air mata yang bergenang an di kelopak mata gugur serentak ke pipi.
Lee di situ ikut bungkam.
"Sampai hati kau cakap macam tu..." rengek Sarah kesedihan sebelum berlari keluar dari situ.
"Baby, tunggu!" Lee panggil sambil memandang Dihya buat kali terakhir sebelum berlari ke arah pintu. Ingin mendapatkan Sarah.
Keluar sahaja kedua-dua orang itu, serta merta membuatkan suasana riuh dan tegang tadi berubah menjadi sepi secara automatik. Perlahan-lahan Dihya melepaskan Zane. Dia menjauhkan diri dari lelaki itu.
"Kenapa tuan cakap macam tu?Tuan sendiri tahu Cik Sarah tak mintak untuk jadi macam ni... Situasi yang memaksa dia. Sekalipun dia bukan adik sah tuan, dia masih ada pertalian darah dengan Tuan."luah Dihya berasa tertampar dengan keterlanjuran kata Zane sebentar tadi.
Laju kepala Zane berpaling ke arah Dihya. Kening yang sedia memerah itu berkerut hingga hampir hendak bercantum temu.
"Kamu sedar tak disebabkan budak tak guna tu kamu hampir mati!" geram-geram Zane tunding jari ke arah pintu. Merujuk kepada Sarah. "Kamu masih ada hati nak bela dia?You almost die Dihya!!"timbul jelas urat di lehernya kerenah ketegangan menahan amarah.
Bersama nafas naik turun hendak menenangkan dirinya, Dihya pandang tatapan berang Zane itu tanpa berkedip.Ya sudah. Kalau dia mati tanam. Apa susahnya! Yang Zane nak emosi sangat kenapa! "Memangnya kalau saya mati, ianya tak merugikan sesiapa. Saya ni cuma perempuan simpanan. Bukan orang penting. Bukan sesiapa. Kehadiran saya ni pun memang sementara aje. Jadi kalau saya mati pun tak akan jejaskan sesiapa.... Tapi Cik Sarah tu... Dia family tuan. Darah daging tuan. Takkan hanya disebabkan seorang Mistress tuan sanggup buang adik sendiri...?"