64 | Tamatkan Awal

920 66 3
                                        

Bersama renungan kosong, Dihya perhatikan Zane yang sedang duduk di kerusi panjang sebelah swimming pool

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Bersama renungan kosong, Dihya perhatikan Zane yang sedang duduk di kerusi panjang sebelah swimming pool. Sudah setengah jam dia perhatikan Zane. Dalam selama itu juga la Zane tidak lepas dari memegang laptop serta kertas. Orang lain tenggelam dalam air, lelaki tu tenggelam dalam kerja. Kalau macam tu baik duduk di office aje dari bekerja di rumah begini. Tak ada bezanya pun kalau Zane ada atau tidak di rumah.

Kyren berdiri di samping kerusi itu. Lelaki tersebut sedang membongkok menyampaikan sesuatu kepada Zane apa yang terdapat di dalam ipad.  Mungkin hal kerja atau mungkin urusan yang dia tidak patut tahu. Dan sepanjang masa itu Dihya hanya terapung di atas permukaan sambil dibantu dengan pelampung bentuk flamingo dalam kolam renang itu. Dia cuba memasang telinga, tetapi suara dua orang itu begitu perlahan. Maka Dihya langsung tidak tahu apa yang dibincangkan oleh mereka.

Dihya kembali menyambung renang ya hingga tiba di tepian. Setibanya di anak tangga kolam renang, dia terus mendaki naik ke atas. Dah penat tunggu Zane untuk masuk dalam air dengan dia. Tunggu punya tunggu sampaikan kecut dah kulit tapak tangan dia.

                    "Itu sahaja. Kamu boleh keluar."arah Zane sambil menyerahkan iPad serta thumb drive kepada Kyren.

Kyren memberi tundukkan faham sebelum berpaling dari situ. Lelaki lampai itu mengerling seketika ke arah Dihya semasa melintasi anak tangga di situ.

Sementara Zane sudahpun bangun sambil memegang robe putih mendekati Dihya.

                     "Dah nak masuk ke?"tanya Zane mengenakan robe itu ke badan terdedah Dihya.

                     Sambil menyarung tangan ke dalam robe putih itu, Dihya perhatikan timbunan kertas dan fail yang tergeletak atas bangku di situ. "Tuan busy sangat ke?" tanya Dihya pula.

                     "Just checking some report. Dah settle pun. Kenapa?"

Mata Dihya bergerak ke kanan. Dia nak tanya lebih, tapi takut kalau soalannya akan buat Zane marah. Jadi dia tak berani nak suarakannya.

                     "Tak ada apa-apa."Dihya menggeleng selepas itu. Dia ambil tempat di bangku kosong. Duduk sahaja di situ, Dihya termenung memandang permukaan air biru di dalam swimming pool.

Sejak keluar dari hospital, Zane dah jarang luangkan masa mahupun tidur bersamanya. Selama dua minggu itu juga Zane banyak menghabiskan waktu di dalam bilik kerja dan pejabat. Pendek kata, Zane tidak lagi menyentuh dirinya.
Sudah bosan ke Zane dengannya? Atau pengakuan Zane hari tu hanyalah ucapan semata-mata? Hinggakan lelaki itu tak lagi memerlukan dirinya seperti biasa? Itu la persoalan yang bermain di dalam kepala Dihya sejak kebelakangan ni.

Setiba Zane di tepi, lelaki itu duduk di sebelah Dihya.

                     "Ada apa ni?"tanya Zane."Tanya aje kalau kamu nak tanya." senyuman nipis terukir di bibirnya.

55. His Favorite Mistress Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang