62 | Anjing Suruhan

738 54 0
                                        

SEJAK awal  perkenalan sehingga mereka berkahwin, Zane sudah sedia maklum apakah identiti sebenar Astrid dan tujuan Astrid mengahwininya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

SEJAK awal  perkenalan sehingga mereka berkahwin, Zane sudah sedia maklum apakah identiti sebenar Astrid dan tujuan Astrid mengahwininya. Kalau bukan kerana rancangan ayahnya yang telah orkestra kesemua ini sejak awal, dia mungkin takkan pernah tahu bahawa Astrid hanya dijadikan sebagai anjing suruhan ayahnya buat mengawal dirinya dengan harapan ayahnya dapat gunakan dia supaya mengambil hati datuknya itu.

Tapi sayang ya, senjata makan tuan sendiri. Apa yang dirancangkan itu backfired. Bukan setakat tak dapat mengawal dirinya, Astrid kini juga tiada gunanya buat ayah dia. Maka penceraiannya ini tidak akan mempengaruhi pelan ayahnya untuk menjatuhkan dia dari posisi calon pewarisan datuk dia nanti.

                     "So disebabkan dia taknak support saya dan family saya lagi dia nak bercerai? Dan hanya semata untuk perempuan simpanan murahan dia jugak saya diceraikan? Bila masa pulak saya cuba bunuh orang! Jangan sesuka hati nak menuduh ya. Zane, you memang sengaja ke apa ni hah! Selama ni you tak pernah kisah hidup mati mistress you . Kenapa kali ni tiba-tiba aje beria nak pertahankan perempuan lain di bandingkan isteri You sendiri? Memangnya perempuan tu dah guna-gunakan You sampai buta hati tak boleh nak bezakan mana yang betul mana yang salah?"

Barulah Zane mengangkat matanya ke arah Astrid. Perlahan-lahan dia menurunkan tangan yang sedang memegang telefon ke bawah. Rahangnya berketik saat dia mengetap gigi dengan erat.

Simpulan tali lehernya ditarik longgar sebelum Zane menyondong ke depan. Kedua belah tangan direhatkan atas lutut sewaktu matanya terarah pada wajah berang Astrid. Tiada sedikit pun rasa kasihan apalagi suka setiap kali dia menatap raut wajah itu.

                     "Kau boleh pilih sama ada kita selesaikan hal ni dengan cara baik atau sebaliknya Astrid."ujar Zane.

                     " Zane! I ni isteri you. Mana hati perut you sampai you pilih perempuan simpanan You dari isteri you? Masuk akal ke semua ni? "kerut Astrid begitu kecewa.

                      "Isteri di atas kertas. Bukan secara mutuality. Fahamkan kat situ."

                      "Still, I isteri sah you. Bukan perempuan murahan tu!"bentak Astrid memukul kuat arm rest sofa.

Masih dengan riak tenang tidak peduli, Zane melentokkan sedikit kepala membalas tatapan marah Astrid itu.

                     "Kalau macam tu, perlu ke aku detail kan segalanya kepada kau supaya kau sign paper tu? Are we gonna go there?"

Gulp!Astrid tidak semena menelan liur. Itu aje la tahunya! Mengugut! Mentang-mentang la ada kuasa veto.

                     "Just sign the paper. Don't waste my time with your antics. I had enough."

55. His Favorite Mistress Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang