Dihya Maelani seorang wanita berusia 28 tahun, hidup dalam belenggu hutang akibat perbuatan ayahnya yang seorang penjudi dan ibunya yang ketagih dadah.
Dalam perjuangan mengatasi kesulitan hidup, Dihya secara tidak sengaja bertemu dengan Zane Hayes...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Dengan geram, hujung kuku digigit. Kaki yang bersila atas sofa bergoncang tidak tenang. Sementara mata terarah pada skrin telefon.
Geram.
Jengkel.
Keberangan.
Semua perasaan itu digabung satu.
Sarah berasa begitu tertampar dengan tindakan Zane. Berani betul lelaki tak guna tu pukul dia dihadapan perempuan simpanan lelaki tu.
Paling tak boleh diterima, bolehnya Zane dengar apa yang perempuan murahan tu suruh!Tak pernah dibuat Zane, ini kali pertama Sarah menyaksikan perubahan dari abangnya. Memangnya apa perempuan murahan tu dah lakukan sampaikan Zane boleh tunduk padanya begitu saja!?
"Auw!"terkejut Sarah tersentak selepas ada sesuatu yang sejuk menekap pipi kirinya yang berlebam. Dan bila dia pandang ke sebelah, Lee sedang tersenyum serba salah. "Tak boleh ke slow sikit? You tak nampak ke I tengah sakit ni? "cemberutnya kejengkelan.
"I'm sorry baby. Sakit sangat ke?"Lee kemudiannya menekap lagi kesan lebam itu dengan coolpack yang dipegang. Terkejut dia bila Sarah datang ke apartment dia dalam keadaan kasut masai dan berlebam.
Pesanan ringkas yang dihantar Zane tadi di baca semula. Ayat singkat itu sudah cukup buatkan dia akur. Lelaki tu berpesan bahawa jika dia muncul lagi depan muka lelaki tu, Zane benar-benar akan membunuhnya. Mengenangkan sikap Zane yang jenis buat apa yang di cakap, Sarah tiada pilihan selain menuruti kata lelaki tu nanti. Haish!"Benci betul! Berani betul Zane bela perempuan murahan tu dari adik dia sendiri."
Mata Lee berkedip satu kali. Dia pandang kerutan di tengah kening Sarah sebelum merapat pada gadis itu. Usapan lembut diberikan pada bahu itu.
"Nampaknya abang you betul-betul abaikan you, baby. Now what?"
"Peduli pulak I. Dia yang buat I macam ni. Mana adil dia buang I macam tu aje. Kalau I tak boleh peras duit dari dia, I akan ugut dia untuk ganggu datuk atau ayah dia. Kalau tak pun Astrid kan ada. Ingat I tak berani ke?"
"Baby, kenapa you bencikan sangat family abang you tu?"
"Why not, ayah Zane yang buat anak. Dah dapat anak dibuang sebab apa?sebab I anak perempuan bukan anak lelaki. Siapa aje tak sakit hati!"
"Apa kata baby start kerja? Kalau baby kerja dan cari duit sendiri, tak ada siapa akan kacau baby lagi. Lagipun bukan selamanya Zane akan tanggung you. Nak kerja dengan I?Jadi assistant I?" dengan manja Lee memujuk teman wanita kesayangannya itu.
Ajakan itu menerima jelingan tidak suka dari Sarah. Matanya naik turun meneliti Lee."Apa you kata kerja? Memang taknak la I kerja! Buat apa I kerja kalau ada orang boleh tanggung I!"cemik Sarah dengan benci. Perkataan 'kerja' buatkan darahnya merinding panas.