O4

6 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Di saat dia berpaling ke belakang, tiada sesiapa yang berdiri di belakangnya. Dan tangan yang menyentuh tangannya tadi turut hilang. Yoojung mendengus perlahan. Belum puas lagi ke nak permainkan dia?

"Aku dekat sini."

Yoojung tidak berpaling. Sebaliknya dia berdiri. Pensil ditangannya diletakkan semula di tempat asal. Dia keluar dari bilik itu dan menuju ke biliknya. Malas mahu melayan.

Belum sempat dia memegang tombol pintu, lengannya ditarik dari belakang menyebabkan yoojung berpaling. Dia segera menutup mata rapat-rapat.

Selang beberapa saat kemudian, gelak tawa seseorang kedengaran. Yoojung berkerut pelik. Kenapa hantu ni boleh pegang dia? Sedangkan selama ini dia selamba sahaja berjalan menembusi mereka semua walaupun rasa takut menguasai.

"Sebab aku bukan hantu." Sakit. Dahinya sakit kerana dijentik oleh makhluk yang sedang menahannya ketika ini.

"Aku special." Bisikkan lembut itu singgah di telinganya. Perlahan yoojung mencelik. Figura lelaki misteri itu kini berada di hadapannya.

"Kau.." Senyum sinis terlakar di bibir sunoo.

"Macam mana? Suka dengan hadiah aku bagi tempoh hari?" yoojung mendengus geram. Dia melepaskan diri dari tahanan sunoo.

"Kembalikan hidup aku yang normal." permintaan yoojung itu tidak dianggap oleh sunoo. Sebaliknya sunoo mengajuk percakapan yoojung.

"Tolonglah. Aku merayu. Aku tak tahan hidup macam ni. Aku takut. Kenapa aku yang kena hadap semua ni? Dalam ramai-ramai manusia dalam bumi ni, kenapa mesti aku?" rayu yoojung. Matanya mula berkaca-kaca.

Sunoo menarik senyum tepi bibir. Dia mendekati yoojung lalu tangan gadis itu dipegang olehnya. Dalam sekelip mata, ruangan berubah. Yoojung memegang kuat tangan sunoo.

Ketika ini mereka berada di atas beranda kamar lama yoojung. Nafas yoojung mula tersekat-sekat. Ruangnya untuk menjejakkan kaki hanya tinggal sejengkal.

"Kau ingat kejadian ni?" Soal sunoo serius. Yoojung menangis. Dia ingat. Disinilah dimana youngso membunuh diri dan membuat surat mengapa dia bunuh diri.

"Rasanya kau yang patut gantung diri disini." Serentak dengan itu, sunoo melepaskan tangan yoojung.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now