53

7 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Doktor, jangan risaulah. Saya ada dekat sini teman yoojung." Hyemi bersuara setelah mendengar kerisauan sunghoon sejak 15 minit yang lepas. Ini kalau dia tak bercakap ni, mahunya si sunghoon ni berdiri depan pintu sampai esok pagi.

"Hah dengar tu. Jangan risaulah. Hyemi ada dekat sini. Awak baliklah. Esok nak kerja lagi." Sunghoon menghela nafas lalu mengangguk. Kalau yoojung sudah berkata seperti itu, maknanya dia harus mematuhinya.

"Yelah. Jangan lupa makan ubat." yoojung mengangguk. Hyemi memutar mata ke atas sebelum masuk ke dalam. Makin lama dekat situ, makin cemburu dia dibuatnya. Huhu inilah nasib single.

Sunghoon menarik lengan yoojung mendekati. Dengan tindakan berani, dia mencium dahi yoojung.

"Saya sayang awak, yoojung."

Yoojung tersenyum malu. Dia memukul bahu sunghoon. Tanpa berkata apa-apa, dia masuk ke dalam usai melambaikan tangannya pada lelaki itu.

"Yoojung, aku masak ramyeon. Kau nak tak?" jerit Hyemi dari arah dapur.

"Bolehlah. Jangan lupa kimchi sekali tau."

"Okay, beb."

Baru sahaja yoojung ingin masuk ke dalam bilik untuk mengambil tuala,langkah kakinya terhenti. Kepalanya tertoleh melihat ke arah pintu yang tertulis memori bae yoojung. Dia menuju ke bilik itu.

Terbuka sahaja pintu tersebut, yoojung terpaku di dalamnya. Kerana banyak sekali kanvas yang sudah dihias dengan lukisan. Diakah yang melukis semua lukisan ini?

Tumpuan yoojung tertumpu pada kanvas yang ditutupi oleh kain putih.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now