1O

6 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Saya tak minum wine." Tolak yoojung. Sememangnya dia di didik oleh mendiang neneknya untuk tidak minum minuman keras sedari kecil.

"Oh." Sunoo mengangguk. Wine yang dituang olehnya tadi diminum. Yoojung memandang sunoo sekilas.

"Saya dekat mana? Macam mana boleh ada hotel ni dekat sini? Dan..." yoojung diam sejenak lalu menyambung ayatnya.

"Dalam hotel ni hanya ada hantu saja ke?" Sunoo terkekeh kecil lalu mengangguk.

"Exactly. Kau patut bersyukur sebab kau manusia pertama yang dapat tengok hotel istimewa ni."

"Kenapa?" Sunoo menarik senyum tepi bibir.

"Sebab semua yang datang ke sini semuanya dah mati." Yoojung terkedu. Mati? Tapi dia masih hidup, kan? Aku dah mati ke?

"Haha jangan risau. Kau masih hidup." Sambung sunoo.

"Haritu awak cakap kalau saya ingat nama awak semuanya akan kembali normal semula, kan?" Sunoo mengubah postur tubuhnya menghadapi yoojung. Dia mengangguk mengiyakan.

Yoojung mengecilkan matanya. Otaknya cuba mengingati beberapa kejadian yang berlaku pada hari upcara memperingati mendiang kakaknya, youngso.

"Kenalkan, nama aku kim..... Pastikan kau ingat nama aku, okay?"  samar-samar suara lelaki misteri itu terngiang di kepalanya.

"Siapa? Nama aku siapa?" Yoojung geram apabila sunoo tersenyum seakan-akan mengejeknya.

"Nama awak kim..." lidah yoojung keluh.

Sunoo menghabiskan wine yang tinggal separuh, dia menolak tubuh yoojung. Dan kini, ruangan kembali berubah. Yoojung terbaring di atas katil sementara sunoo mengambil tempat di atasnya.

"A..a...apa..." satu kejadian berlaku dalam sekelip mata. Bibir yoojung menjadi sasaran sunoo. Membulat kedua mata yoojung tatkala wine mengalir masuk ke dalam mulutnya.

Dia menolak kuat tubuh sunoo hingga ciuman itu terlepas. Iris merah milik sunoo ditatap tajam. Hampir dia mahu menampar sunoo kerana bertindak kurang ajar terhadapnya, akan tetapi tangannya ditahan terlebih dahulu.

"Kenapa awak buat saya macam ni? Apa salah saya? Kenapa?" Menitis air mata yoojung diperlakukan seperti ini.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now