27

4 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Kenapa kau tengok aku macam tu?" tanya sunoo. Sebelah keningnya terangkat. Sejak mereka duduk di meja makan, dia perasan yoojung asyik curi-curi menatapnya.

"erm.." yoojung menggigit bibir bawahnya lembut. boleh pula si sunoo ni perasan.

"saya ada benda nak bagitahu awak." sunoo hanya diam. Dia meneruskan menjamu sarapan pagi sambil memasang telinga mendengar perkara yang akan diberitahu yoojung.

"saya nampak awak..." yoojung meletakkan chopstik di atas meja.

"Dalam mimpi saya. Dua kali." sambung yoojung.

Kunyahan sunoo menjadi perlahan. Perhatiannya mula beralih pada yoojung.

"Mimpi?" yoojung mengangguk menjawab pertanyaan sunoo.

"Saya nampak awak dengan seorang perempuan."

"Hayeon. Awak panggil dia hayeon dan awak pernah bagi dia batu yang ada ukiran bunga."

Yoojung menelan air liur tatkala sunoo senyap. Dia ada buat salah ke? Atau dia salah cakap? Mampus. Nak teruskan ke tak? Nanti dia marah macam mana?

"Apa lagi yang kau nampak?" nada suara sunoo berubah serius. Begitu juga dengan raut wajahnya.

"hah? Erk ermm awak suka pakai baju merah. Dalam mimpi saya, awak tersenyum. Awak nampak bahagia sangat. Tapi saya tak faham kenapa awak bunuh orang." perlahan nada suara yoojung. Dia menunduk sejenak. Sarapan paginya langsung tidak terusik. Dia berasa sedikit lega selepas menceritakan perihal mimpi itu pada sunoo.

Tidak lama selepas itu, kedengaran suara orang ketawa. Serta-merta yoojung mendongak. Dia memandang sunoo yang sedang ketawa itu dengan tatapan pelik. Cepat betul mood dia berubah harini.

"Kau merepek apa ni? Kau yakin ke dalam mimpi kau tu aku?"

"Saya yakin."

"Saya yakin yang itu awak."

Tawa sunoo berhenti. Dia menunjukkan seringaian sinis pada yoojung lalu berdiri. Gadis itu dihampiri. Dagu yoojung ditarik lembut sambil merapatkan wajahnya.

"Kau pernah dengar orang cakap macam ni?"

"Dalam hidup ni kita tak perlu bising dan cukup diam untuk ketenteraman hidup." Ujar sunoo berbaur dengan ugutan.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now