29

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Apa kita buat dekat sini?" tanya yoojung pelik. Kenapa sunoo membawanya ke hospital? Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba sahaja.

"Oi." yoojung berdecit. Kedua matanya menyepet memandang sunoo. Sudahlah harini suka-suka arah dia.

"Apa?"

"Jantan tu kerja sini kan?" Yoojung berkerut. Jantan mana pula ni?

Melihat reaksi bingung yoojung, tidak semena-mena dahinya menjadi mangsa jentikan sunoo. Mengaduh gadis itu dibuatnya.

"Member kau lah si Fark tu." Yoojung diam memikirkan sesuatu. Kawan? Fark?

Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Kali ini, bahu sunoo menjadi mangsa pukulan yoojung.

"Nama dia park sunghoon lah." sunoo memutar mata ke atas. Ada nampak macam dia kisah ke dengan nama lelaki tu?

"Tapi macam mana awak tahu dia kerja sini?"

"Kan aku dah kata aku special."

Yoojung mencebik. Dia melihat sunoo yang berjalan mendahului dia masuk ke dalam hospital. Dia menarik nafas lalu menghela perlahan. Kemudian, dia mengekori langkah sunoo.

"Aku nak kau alihkan perhatian dia sementara aku buat kerja aku." arah sunoo sebaik sahaja yoojung berdiri di sebelahnya.

"Awak nak buat apa?" sunoo menjeling yoojung. Banyak tanya pula perempuan sebelah dia ni.

"Aku nak jemput seseorang." yoojung terkebil-kebil. Dia cuba untuk menghadam maksud sunoo namun tidak berjaya. Makin pening kepala dia berfikir.

"Eh yoojung." perhatian mereka beralih ke arah orang yang memanggil nama yoojung.

"dah sampai dah balak kau." walaupun sunoo berkata dengan nada perlahan, yoojung tetap mendengarnya. Dia memberi jelingan tajam buat lelaki itu.

"Buat apa datang sini? Bahu awak sakit lagi ke?" sunghoon menayang riak risau. Yoojung menarik senyum tipis seraya menggelengkan kepala.

"Erk tak ada lah, saya datang sebab nak bawa awak lunch." anak mata sunghoon beralih ke sunoo yang berdiri di sebelah yoojung.

"Bertiga dengan dia?" Yoojung pantas mencelah.

"Tak. Dia ada temujanji. Kita berdua je." Sunghoon mengangguk.

"Kalau macam tu, awak tunggu saya sekejap. Give me five munite."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now