15

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Yoojung menguli tepung perlahan. Dia termenung mengingatkan kejadian yang berlaku pagi tadi. Bagaimana? Dan macam mana itu boleh berlaku?

Dia ternampak sosok youngso. Sedang tersenyum sinis padanya. Bahkan tatapan gadis itu sangat tajam seolah-olah menyimpan dendam kesumat pada yoojung.

Fikirnya beralih pula pada sunoo yang muncul menyelamatkan dia pada waktu itu. Lelaki itu tidak berkata apa-apa, tahu-tahu dia sudah tidak menyedarkan diri. Sedar saja dia bila dikejutkan oleh hyemi.

Sedang asyik mengelamun, tiba-tiba sahaja tangannya di sentuh oleh sesuatu. Dingin. Yoojung terkejut lalu menjauh beberapa tapak.

"Eonnie..." Youngso tersenyum senget. Lebar. Dia menyengetkan kepala.

"Annyeong, yoojung-ah." sapa youngso mesra. Lebih kepada menakutkan.

Youngso merapatkan dirinya dengan yoojung. Sesekali dia ketawa senang melihat wajah ketakutan yoojung.

"Yoojung-ah, aku cantik tak?"

"Lebih cantik daripada kau ke?"

"Macam mana hidup kau sekarang?"

"Eomma dengan appa benci kau?"

Melihat dari raut wajah yoojung, youngso sudah dapat menebak apa yang telah terjadi. Dia ketawa senang. Tawanya semakin kuat.

"Sunghoon..." raut wajahnya berubah sedih apabila nama sunghoon disebut.

"Sunghoon sukakan aku, kan?"

"Dia sayangkan aku, kan?"

"Jawab,yoojung!"

Yoojung menjerit apabila youngso mulai menggoyangkan bahunya dengan keras. Tangan itu perlahan beralih ke bahagian leher yoojung.

"Youngso, lepas." Yoojung terbatuk-batuk akibat cekikan kuat dari youngso. Mata youngso berubah merah, kulitnya juga turut berubah biru kehitaman. Rambutnya memanjang. Sambil terkekek kuat, dia terus menguatkan lagi cekikannya.

"Kau yang patut mati yoojung....." youngso berkata kasar sambil melirih di hujung ayat.

"Bukan aku.."

"Sunghoon, dia patut suka aku.. Bukan kau."

Youngso menangis dan sejurus dengan itu cekikannya mulai melonggar. Tika itu, barulah yoojung dapat bernafas normal semula.

"Kenapa sunghoon tak pernah nampak aku? Kenapa dia masih tak benci kau walaupun kau penyebab aku mati?"

Yoojung cuba untuk menyentuh youngso.

"E..eonnie."

Baru sahaja disentuhnya, yoojung ditolak hingga menyebabkan gadis itu terhentak kuat pada dinding.

Yoojung terbaring lemah. Sakit menjalar ke seluruh tubuhnya. Dalam samar-samar, dia melihat seorang lelaki berpakaian serba hitam muncul. Jeritan youngso juga terdengar.

Semua itu hanya sekejap sebelum semuanya gelap.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now