3O

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Sunoo berjalan santai dalam ruangan yang sunyi sepi itu. Hanya bunyi langkah tapak kakinya sahaja yang kedengaran. Dia menuju ke suatu tempat yang menempatkan seseorang yang harus dia jemput.

Sesampainya di hadapan pintu wad, dia segera membukanya dan masuk ke dalam.Di dalam ruangan itu, seorang gadis sedang berdiri membelakangi sunoo. Gadis itu melemparkan pandangan matanya ke luar tingkap wad.

"Park jungyoon."

Gadis bernama jungyoon itu terkejut lalu dia berpaling ke belakang. Dia menghadiahkan senyum manis pada sunoo lalu berkata.

"Kalau awak datang untuk jemput saya. Maaf, saya tak boleh pergi dari sini." jungyoon mengalihkan tatapannya semula ke hadapan.

Sunoo memutar mata ke atas. Dari apa yang dia tahu, heeseung sudah berapa kali datang ke sini untuk jemput jungyoon akan tetapi ada sahaja halangannya dan jungyoon sendiri tidak mahu pergi.

Sunoo mengambil langkah menghampiri jungyoon. Dia berdiri di sebelah gadis itu.

"Kenapa tak nak pergi?"

"Saya tak nak tinggalkan abang saya. Abang saya mesti sedih sangat kalau tahu yang saya tinggalkan dia."Jawab jungyoon bernada sedih.

"Then kau tak rasa terseksa ke bila kau buat keputusan macam tu? Kau tak takut kalau-kalau kau kena hukum sebab buat keputusan macam ni? Bukan kau seorang saja yang kena, tapi abang kau sekali akan terkena hukuman. Cuma bezanya, kau dihukum di alam baka. Tapi abang kau, dihukum disini."

Jungyoon terkedu. Empangan matanya mula bergenang. Salahkah jika dia mahu menemani abangnya?

Sunoo memeluk tubuh.

"Kau buatlah keputusan yang betul. Aku tunggu."

"Awak pergi mana semalam? Saya call awak banyak kali tapi semuanya tak berangkat. Saya pergi apartment awak pun, tak ada yang buka pintu." kata sunghoon usai mereka berdua siap menjamah makanan.

"Eermm saya tidur. Penat sangat sampai tak sedar." Tipu yoojung. Untuk kebaikan sendiri, tak apa.

"Ouh. Anyway, lelaki tu siapa? Macam mana awak boleh ada dengan dia?" tanya sunghoon. Terselit rasa cemburu melihat yoojung bersama lelaki lain.

"Dia sunoo. Kawan saya."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now