17

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Weh kau okay tak?" Pertanyaan pertama yang dia dapat selepas yoojung tersedar dari pengsan. Matanya masih kabur tetapi dia dapat melihat riak wajah hyemi yang risau akan dirinya.

"Hyemi..." Yoojung memicit kepalanya yang sakit. Saat tangannya turun tersentuh leher, dia mendesis.

"Yoojung, leher kau bengkak." ujar hyemi risau. Bercampur dengan perasaan pelik. Dia pelik kerana sewaktu dia masuk ke dalam dapur tadi, yoojung sudah terkulai pengsan tidak sedarkan diri.

"Ada apa-apa jadi ke? Siapa buat kau macam ni? Kau kena dera ke, jung?" tanya hyemi lagi. Yoojung hanya menggelengkan kepala.

"Tak ada apa-apa."

"Jangan tipu aku. Cakap dekat aku sekarang, siapa buat semua ni dekat kau?" tanya hyemi sekali lagi. Yoojung menayang sengih.

"Tak ada apa lah, hyemi. Jangan risau. Kalau ada apa-apa nanti, aku bagitahu kau." hyemi menyepetkan matanya. Sementara yoojung tersengih menayang sebaris giginya yang rata.

"Hm okaylah. Kalau macam tu, tapi lepas ni pastikan kejadian macam ni tak berulang lagi okay? Aku risau dengan kau. Apa kata aku teman kau tidur malam ni? Kau tinggal seorang diri kan? Aku teman eh?" cadang hyemi. Yoojung mati kata. Kalau sudah hyemi cakap macam tu, memang tak boleh ditolaklah.

"Aku dekat mana?" tanya yoojung bersama kerutan di dahi. Lama bercakap dengan hyemi sampai lupa dia ada dekat mana sekarang.

"Dekat hospital."

"Oh."

Yoojung diam seketika sebelum dia teringat akan sesuatu. Lantas dia bangkit. Belakang badan yang sakit membuatkan dia merintih. Dia menyentuh belakangnya.

"Yah, kau tak okay lagi. Jangan bergeraklah." hyemi lantas menahan yoojung.

"Aku okay. Aku ada urusan kejap. Kau tunggu aku dekat apartment. Kunci akses masuk ada dalam beg aku. Kau pergi dulu." kata Yoojung dan terus berlalu pergi meninggalkan hyemi.

Hyemi tiada pilihan lain selain hanya membiarkan sahaja yoojung pergi. Selang beberapa saat selepas kepergian yoojung, muncul seorang doktor.

Timbul kerutan di dahi doktor itu tatkala dia melihat hanya hyemi yang ada disitu.

"Mana yoojung?" hyemi sengih.

"Dia pergi."

"Pergi mana?"

"Entah."

Doktor itu mengeluh berat.

"Awak memang tak pernah berubah, yoojung."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now