44

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"Yoojung noona."

Lamunan yoojung terganggu apabila niki menegurnya. Penampilan terbaru niki membuatkan yoojung menatapnya dari bawah hingga atas.

"Awak nak pergi mana?" Niki senyum menunjukkan giginya.

"Saya dah nak pergi alam baka. Dengan jungwon." Jungwon yang berdiri di belakang niki hanya melemparkan senyum tipis saja.

"Awak berdua dah nak pergi?" mereka berdua mengangguk.

"Ya. Sebab urusan saya dah selesai dalam dunia ni."

"Jungwon?"

"Saya memang berniat nak pergi sama-sama dengan dia."

Yoojung mengangguk faham. Sedih jugalah bila teman-temannya pergi. Tapi ini demi kebaikan mereka juga.

"Kami pergi dulu."

"Korang tak nak jumpa kim dulu?"

"Kitaorang nak jumpa dia lah ni. Awak tak nak ikut?" Yoojung mengemam bibir. Boleh ke manusia macam dia ikut?

"Jomlah." Niki menarik tangan yoojung lalu mereka bertiga pergi bersama menuju ke suatu tempat. Disanalah sunoo menanti kedatangan mereka.

"Tuan." kedua-dua jejaka itu membongkokkan badan mereka tanda mereka masih menghormati sunoo sebagai pemilik hotel.

Niki yang mempunyai hati tisu sedari dia masih hidup itu memeluk sunoo.

"Erk.." Yoojung mencubit pinggang sunoo apabila lelaki itu mahu meleraikan pelukan.

"Boleh aku panggil tuan, hyung?" Pinta Niki.

"Aku boleh tolak ke kalau tu yang kau nak?" Niki tersenyum mendengar balasan dari sunoo. Pelukan dileraikan.

"Aku dah lama nak panggil kau hyung. Aku cuma nak ucapkan terima kasih. Terima kasih sebab benarkan aku untuk tetap tinggal di hotel. Aku hargai pertolongan kau." Sunoo mengangguk. Dia mengusap kepala niki sembari memandang ke tempat lain.

"Aku harap perjalanan kau dan jungwon dipermudahkan." Niki tersenyum lagi.

"Terima kasih, hyung." Niki melambai ke arah yoojung buat kali terakhir sebelum dia masuk ke dalam kereta yang akan menghantar mereka ke alam baka.

"Tuan.." Sunoo menarik senyum tipis lalu menghulurkan tangannya. Dengan senang hati, jungwon menyambut huluran tersebut.

"Terima kasih atas kerjasama kau selama ni." Jungwon mengangguk.

"Selamat tinggal, Tuan." Tugas mereka berdua sudah berakhir.

Yoojung mengambil tempat di sebelah sunoo. Lengan lelaki itu dirangkul. Sunoo mengerling yoojung sekilas. Mereka bersama-sama menghantar kepergian niki dan jungwon.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now