50

5 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

Situasi dalam wad kecemasan itu sangat huru-hara. Sunghoon lincah membersihkan luka-luka yoojung. Tidak lupa juga darah gadis itu yang masih mengotori bajunya ketika dia membawa yoojung ke hospital.

"Tolong bertahan, yoojung. Jangan pergi." rayu sunghoon apabila denyutan jantung yoojung semakin melemah. Dia tidak akan membiarkan yoojung pergi.

Sementara itu di sisi lain, seorang gadis masuk ke dalam hotel Da Stelle. Niki yang bersedia untuk menyambut tetamu yang datang itu terkejut melihat figura di hadapannya.

"Yoojung noona." Dan apa yang lagi mengejutkan Niki, aura yoojung berbeza dari sebelum ini. Adakah yoojung di ambang kematian?

"Noona, apa yang jadi?"

"Saya nak jumpa kim."

"Hm? Oh noona nak jumpa Tuan untuk kali terakhir ke?" Mendengar ujaran Niki, dahi yoojung berkerut.

"Kim nak pergi mana?" niki menarik nafas lalu dilepas perlahan.

"Tuan dah nak pergi. Noona pergilah jumpa dia."

"Kenapa? Kau berat hati nak pergi?" Sunoo mengetap gigi. Lepas apa yang sudah jadi pada yoojung, sempat lagi seokmin memberi soalan seperti itu.

"Keputusan di tangan kau, sunoo."

"Kim!"

Jeritan seseorang menarik perhatian sunoo. Terdengar langkah seseorang berlari mendekatinya. Sebaik sahaja sunoo berpaling ke belakang, kakinya terdorong beberapa tapak ke belakang kerana dipeluk.

"Kim, jangan pergi. Jangan tinggalkan saya." rayu yoojung bersama esakkan.

"Sayang, kau kena lepaskan aku." Yoojung menggeleng. Mustahil. Dia tidak akan lepaskan sunoo.

"Saya tak akan lepaskan awak."

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now