39

3 1 0
                                    


DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

🌸 • 🌸 • 🌸

"ada apa kau nak jumpa aku?" seokmin menghadiahkan senyum manis pada sunoo.

"bukan aku yang nak jumpa kau." sunoo berkerut. habistu siapa yang nak jumpa dia?

"Tetamu pertama hotel ni nak jumpa kau."

"Tetamu pertama? Aku rasa tetamu pertama aku dah pergi alam baka. Kau merepek apa ni, seokmin?"

Tiba-tiba ada seekor rama-rama terbang hinggap di kelopak mawar merah milik sunoo. Perhatian sunoo terarah pada rama-rama itu apabila seokmin menunjuk rama-rama tersebut.

Dari seekor rama-rama, kini berubah menjadi seorang gadis. Sunoo diam. Terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku. Sementara gadis di hadapannya itu menatap sunoo sebelum bibirnya menguntum senyum.

"Hayeon."

Hayeon menoleh melihat seokmin. Mawar putih yang diberikan oleh seokmin disambut. Selesai memberi mawar putih itu, seokmin pergi meninggalkan mereka berdua.

Hayeon menatap sunoo kembali. Dia menghulur tangannya pada lelaki itu.

"Awak tak nak pergi alam baka dengan saya?"

"Hayeon."

Yoojung fokus mendengar cerita menyedihkan dari staff yang bekerja di hotel Da Stelle. Dari giliran jay yang bercerita sehinggalah niki yang terakhir bercerita tentang bagaimana mereka mati.

"Kalau noona nak tahu, saya basah kuyup tau masa mula-mula datang sini dulu. Kalau Tuan tak ada, tak tahulah apa yang saya buat dekat luar sana. Mungkin saya dah jadi roh jahat then kena tangkap lepastu jadi abu." memikirkannya saja sudah membuatkan Niki ngeri. Nasib baik dia jumpa hotel ni.

"Lepas jadi abu.."

"Lepas jadi abu, di kehidupan seterusnya takkan dapat jadi manusia balik. Melainkan jadi binatang atau batu." Jelas jungwon.Yoojung mengangguk panggil faham. Mengerti apa yang disampaikan oleh mereka.

"Eem yoojung." Panggil jay.

"Ya?"

"Ermm tu.." semua yang berada disitu menantikan apa yang hendak disampaikan oleh jay termasuk heeseung yang berdiri tidak jauh dari bar sambil memegang gelas berisikan air berwarna biru.

"apa dia?"

"Kau ada buat apa-apa ke dengan tuan?"

"hah?" yoojung berkerut tidak mengerti.

"Kau bagi tuan minyak pengasih?" semua yang berada disana senyap bahkan heeseung menyemburkan semula air yang baru diminumnya setelah mendengar ucapan jay.

"Kau nak kena ketuk ke, jay? Aku rela hati nak ketuk kau." Kata jungwon menyeringai.

🌸 • 🌸 • 🌸

DEVIL'S LAST MISSION
KILL OR LOVE ?

DEVIL'S LAST MISSION : KILL OR LOVE ?Where stories live. Discover now